Sunday, October 7, 2012

PELAJAR MASS COMM INGIN BERCERITA

Assalamua'alaikum.. agak lama (sangat lama) dah tak tulis blog sbb aku sesangat busy. kalah PM okay?

First sekali, aku nak cakap, aku sesangat berasa rendah diri dengan blog aku sebab blog aku sesangat simple dan takde benda yg best selain daripada cerita aku. blog aku memang takde nak click link ni, pastu pergi ke page lain, pastu blog aku pulak takde tutorial cara2 nak pakai tudung ala2 hana tajima, and blog aku takde lagu, pastu blog aku takde segala jadah orang letak dalam blog diorang. aku tulis blog sbb aku nak cerita pasal peristiwa yg berlaku dalam hidup aku. itu lah sebab utamanya. mesti terdetik kat hati korang, "kesian nye blog dia." kan? mengaku cepat.

berbalik kepada tajuk entry aku kali ni. okay, sekarang secara rasminya aku bergelar pelajar mass comm (broadcasting). segalanya berjalan dengan lancar, ALHAMDULILLAH. aku belajar 7 subjek and aku happy dengan semua subjek2 tu. hmm takde ape yg perlu diceritakan tentang pelajaran sbb mesti korang cakap, "ada aku kisah nak tahu pasal pelajaran kau?"

hidup aku ni kan, memang boleh dijadikan filem la.. macam2 benda berlaku. please la aku mana2 pengarah filem, jadikan hidup aku ni sebagai sebuah kisah benar..

JATUH DI JALAN TAR.
aku terjatuh di atas jalan tar berdekatan kolej aku. time tu, sikit lagi nak sampai lif, tapi disebabkan berjalan sambil berfikir, memang sudahnya akan jatuh tertiarap. lepas ni, ikhtibar, kalau nak berjalan, berjalan dan fokus dan pandang jalan. mungkin salah aku jugak sebab terlalu berfikir pasal something (tak boleh bgtau aku fikir ape, rahsia). mase tengah jalan2 sambil berfikir, tiba2 je aku dah tertiarap atas jalan. time tu, memang ade orang lalu lalang. then ade 3 orang perempuan baik membantu mengangkatku dan menanyakan mengenai keadaan diriku. aku mencapai tangan mereka dan tersenyum sahaja. dan aku pandang sekeliling, dan aku tengok manusia masing2 sibuk berjalan menuju ke destinasi masing2. wahai manusia, janganlah perasan ada orang jatuh. aku sesangat malu. perempuan baik hati itu menanyakan sama ada aku luka atau tak, dan aku tengok telapak tanganku, ya, memang luka. aku tengok seluar ku, nasib baik tak terkoyak, tapi cuma ada kesan seretan di bahagian lutut. aku pun berjalan menuju ke lif dengan menanggalkan sebelah kasut sebab kasut aku terkoyak gara2 jatuh.. FYI, itu adalah kasut kesayangan hamba dan kasut itu adalah kasut original. masa dalam lif, aku terjumpa balik dengan perempuan2 yang membantuku tadi. aku cakap kat diorang supaya tolong lupakan wajah aku ini. tolong jangan ingat dah sape yg jatuh. dan mereka hanya ketawa.. alaaa. comelnye mereka tertawa. ehh sebelum tu kan, aku teruja tau bila tengok ada darah dan luka di tapak tangan aku.. kalau korang baca entry aku yang lepas2, aku ade mentioned yg aku suka luka2 kan, haaa dan aku memang suka bila tgk darah kat tapak tangan aku. smart sesangat! gambar di bawah ini merupakan luka di tapak tgn aku. sempat lagi ye aku amik gambar. ye la.. sebab apa2 jua luka, atau darah kat bahagian badan aku, mesti aku akan snap.. hobi okay? korang takde hobi yg pelik2 ke? okay, aku seorang je.

Eleh, ngengadenya. Sikit je pun.
Di bawah ini pulak merupakan gambar sehari selepas kejadian.
two words to describe this. GILA SMART.
Dan anda2 semua mesti tertanya, macam mana aku boleh terjatuh. ye la kan, macam mana pula tengah berjalan2, i repeat, BERJALAN, bukan BERLARI, boleh tiba2 terjatuh. jawapan dia adalah ini (gamaknya).
Aku tersadung benda ini! Sekarang aku sangat berhati2 apabila jumpa benda ini.

sekian sahaja cerita pertama.

cerita kedua : hari tu aku pergi isi borang2 untuk navy.. oh ya, terlupa nak bgtau.. aku masuk palapes navy.. entah macam mane aku boleh terpilih untuk jadi navy daripada 100 lebih calon. sekarang ni aku adalah top 50. aku memang sangat pelik mcm mane aku boleh terpilih sedangkan aku hanya mampu buat 3 kali sit up sahaja, sedangkan orang lain buad sampai berbelas2 dan berpuluh2.. dan semasa lari sejauh 2.4 km, aku merupakan peserta empat yang terakhir yg berjaya menamatkan larian... (penat taaauuuuu.. hanya ALLAH je yang tahu, dah separuh mati dah aku)

okay, lupakan pasal macam mana aku boleh terpilih jadi navy.

berbalik kepada pokok pangkalnye, hari tu aku isi borang untuk navy. time tu kitorang kena tampal gambar passport kat borang keras tu. FYI, borang tu sesangat penting sebab borang tu akan dihantar kepada pihak atasan navy dan seharusnya borang itu perlu cantik, kemas, bersih. masa aku nak tuang gam tu, tiba2 gam tu tertumpah banyak dan terkena borang dan salinan fotostat dokumen. nasib baik tuan2 navy tu tak marah sangat. diorang cuma suruh aku isi borang baru dan petang tu aku isi borang baru. habis cerita.. malas nak explain banyak2 sbb rase cam sakit hati bila fikir balik. aku marah kat diri sendiri sebab sesangata tak berhati2. kalau mak ngan abah tahu, mesti diorang cakap, "hmmmmmm!" (tolong humming dengan perasaan marah)

selain itu, aku juga telah menghilangkan spek mata baru aku yang baru sahaja dibuat sebelum masuk universiti. aku pakai spek tu tak sampai sebulan. spek tu hilang sebab aku hanya menggantungkan spek tu di tepi beg. lepas tu, aku ke hulu ke hilir, tunggu bas, tuggu giliran untuk interview, pergi keluar naik kereta, pastu sampai bilik je, "eh! mana spek mata?" tapi percayalah, aku tak cuak sangat bila spek aku hilang sbb aku memang dah biasa berhadapan dengan benda2 hilang ni.

abah aku agak marah dan beliau suruh aku buad spek sendiri kerana sesungguhnya beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan spek mata itu. dan sekarang, aku dah pandai berdikari, aku dah buad spek baru dan aku tengah pakai spek baru semasa tulis blog ni..

sekian sahaja entry pada kali ini. terima kasih kerana membaca.

Monday, July 16, 2012

AKU DAPAT UiTM SHAH ALAM

Salam and hai!


Baru hari ini aku dapat tahu aku ditempatkan kat UiTM mane. Aku memang dah agak dapat kat Shah Alam. Okay laa.. Tak jauh sangat laa.. Rezeki aku asyik belah2 Selangor je. Hari tu matrik pun dapat kat Selangor, ini universiti pun dapat kat Selangor juga. Syukur ALHAMDULILLAH sebab aku memang suke dapat kat bandar2 ni pun.


Aku pening betul la tengok senarai2 dokumen and segala arahannya. And tiba2 pulak aku risau sebab aku tak ingat mane aku letak segala sijil2, slip MUET, and setaraf dengannya. Ahhh sudah... Takpe, esok aku cari. 


Aku perlu daftar pada 2 September ini di Kolej Melati. Tak sangke pulak ade bayaran kalau tinggal kat kolej kediaman. Mati2 aku ingat free. Ye laa.. Dah terbiasa barang free. Dulu mase duduk kat matrik, free je. Biliknye pun best. Cantik. Bersih... Memang terbaik la Matrik Banting tu. Syukur dapat matrik yang dikatakan matrik paling mahal di Malaysia.


Mase aku tengah dok belek2 segala arahan tu, tibe2 aku dikejutkan dengan satu amaran penting daripada UiTM yang berbunyi lebih kurang macam ni:


"Sekiranya anda memberi maklumat palsu/memanipulasikan maklumat atau memberi kelayakan/keputusan yang salah, tawaran anda ke UiTM akan ditarik semula dan tindakan undang2 akan diambil. Sekiranya anda berbuat demikian, jangan hadir untuk mendaftar."


Alamak.. Aku dah  mula terfikirkan mengenai pointer yang aku masukkan dulu. Mase kemaskini untuk fasa 2 dibuka, aku ade kat kampung. Aku update gune tablet. Susah oh nak update gune tablet ni. Nak touch2 bagai. Rumit2. Sebelum nak bukak fasa 2 tu, aku mengalami kesulitan di mana aku terlupa password aku. Aku cuba macam2 nama, tapi semua cubaan gagal. Aku pun call pihak UPU.


UPU : Boleh saya bantu?
Aku  : Saya nak update fasa 2, tapi saya terlupa password.
UPU : Beri nama penuh dan IC.
Aku  : Blaaa blaaa blaaa blaaa...
UPU : Password anda adalah M.I.R.A.9.3.
Aku  : Oh.. hahaha.. Terima kasih.
UPU : Sama-sama.


Oh itu passwordnye. Aku punyalah cuba macam2 password. Antaranya:


1) syamira93
2) syam93
3) mira1993
4) syamira1993


dan macam2 lagi laaa....


Aku pun bukak la fasa 2. Susah oh update gune tablet.


Mase nak kena hantar maklumat yang dikemaskini tu, aku mengalami kesulitan di mana aku tak pasti sama ada maklumat tu dah diterima sistem atau belum. Aku pun tekan la butang 'hantar' banyak kali. Aku rase maklumat aku tak diterima lagi. So, aku pun call kawan aku, Norfa untuk suruh dia update untuk aku.


Norfa : Okay, Syam nak tukar ape?
Aku   : Cume tukar ayah kita dah bersara.
Norfa : Okay!


..........................
Norfa : Eh, Syam. Syam dah takleh update la.. Syam dah update lebih dari 3 kali.
Aku   : Ye ke? Alamak. Ni mesti sebab kite tekan 'hantar' banyak2 kali ini. Takpe la, Norfa. Thank u.
Norfa : Tapi, kite tak tukar ayah Syam dah bersara.
Aku   : Takpe la. Biar je la.


........................
Jadi, kepada pihak UiTM yang kaji balik maklumat sy tu, sebenarnya ayah saya dah bersara daripada polis. Kalau anda baca blog ni, sekurang2nya anda tahu kisah di sebalik cerita ini. Bukan saya sengaja taknak tukar tu. Saya tak bagi maklumat yang salah tau.


..........................


Sebenarnya aku lebih risau sebab aku tak tukar pointer semester 1 kepada pointer keseluruhan. So sebab tu, aku telefon Norfa lagi tadi. Norfa cakap, tak perlu tukar pun pointer tu. Kiranya orang dalam akan tukar automatik. Fuhhh! Lega.. Tak payah fikir dah pasal kena tindakan undang2 oleh pihak UiTM. Lame gak borak ngan Norfa. Gosip2 lagi. Okay, dia janji nak datang rumah. Cantik. Dia cakap kali ni betul2 jadi. Ye la.. Mane taknye, dah lama aku ajak dia datang rumah tapi tak datang2 gak. Padahal rumah aku ngan dia sekangkang kera je. Eh, tapi tak lah sekangkang tu... Kalau jalan kaki kiranya dalam 5 minit baru sampai.


Secara kesimpulannya, aku cuma nak bagitahu yang aku dapat UiTM Shah Alam je. Tapi biasalah, kalau aku bercerita memang nak cerita secara detail dan spesifik punye. Sebab tu la karangan aku kat sekolah memang panjang giler sampai teacher cakap aku banyak merepek dalam karangan tu.











Sunday, July 15, 2012

BIDANG PENYIARAN UiTM

ALHAMDULILLAH. 
Akhirnya, pada 13 Julai 2012, aku telah mendapat khabar berita yang sangat gembira. Aku bangun2 tidur and check handphone, my 'guardian' dah tanye, aku dapat universiti ape? Amboi awal betul dia cek. Haha.. Semangat..


Then, lepas mandi, aku pun cek la result UPU aku. Mase aku cek, memang takde perasaan ape2 la. Aku pun tak expect untuk dapat apa yang aku nak. Bagi aku, kalau dah dapat sambung belajar tu, kire dah habis bersyukur laa. 


<<sepatutnya kat sini ade gambar, tapi bapak lambat dia loading>>


Waahh! Tak sangke pulak aku berjaya dapat bidang penyiaran kat UiTM. Tak sia2 laa aku pergi interview hari tu. 


Sebelum tu, mati2 aku ingat yang interview tu mase bulan september. So, ade mase la untuk parut2 chicken pox tu hilang. Tapi sebenarnya, interview tu pada 29 April 2012, iaitu 3 hari selepas aku keluar dari matrik. Dah laa time tu parut aku tak hilang sepenuhnya lagi. Tapi nak tak nak, aku terpaksa juga pergi interview tu. Takkan nak tangguh pulak dengan alasan 'parut chicken pox tak hilang lagi'.


Pada 29 April 2012: (SESI TEMUDUGA)
Aku pergi UiTM Seri Iskandar bersama Abah dan Wawan. Aku tengok UiTM tu lengang jer. Macam takde ape2 berlaku pun. Oh patut laaa.. Sesi interview aku ni sesi petang. So orang pun dah berkurang la.


Dipendekkan cerita. Aku pun ade laa berjumpa beberapa orang kawan. Well, orang peramah kan. Kawan mesti senang cari. Hehe..


Mula-mula sekali adalah ujian bertulis. Aku ingatkan ujian ni tanye pasal diri kite. Rupe2nye tak. Soalan dia, kite kena buat satu esei dalam Bahasa Inggeris mengenai kursus yang kita pilih dan kenapa kita pilih kursus tu dan apa yang akan kita lakukan untuk menyumbang dalam kursus tersebut?


Okay, soalan senang! Giler riak aku ni. Aku pun dengan yakinnya jawab esei tu, siap ade proverb lagi. Perrgghh, hebat. Ah.. Aku memang suka kalau bab2 merepek dalam karangan.  Nasib baik laa sebelum aku pergi interview, aku ade study sikit pasal Broadcasting ni. So, aku ade point laa jugak nak jawab esei tu.


Sedang aku asyik menjawab, tiba-tiba:


Lelaki : Siapa Syamira?
Aku     : Saya! (sambil angkat tangan)
Lelaki  : Hish kamu ni. Ni haa beg tangan kamu ni. Ade kat luar. Tadi saya panggil tak menyahut pun.
Aku     : Ha? Ada panggil ke? Aaaa.. Saya tak dengar kot.


Lelaki itu pun datang ke arah ku dan bagi beg tangan aku tu. Seriously, mase mula2 name aku dipanggil tu, mati2 aku ingatkan aku dah tersalah pergi temuduga. Ye la.. Sebab cepat gila aku dipanggil temuduga. Ingatkan aku tersalah isi borang UPU tu. 


Pasal beg tangan tu? Aku memang sengaja tinggal kat luar bilik ujian. Bukan ada apa pun. Yang ade pun dompet, bedak, lip balm, pen. Tapi dalam dompet tu ada berapa puluh sen je. Tak banyak pun. IC pun ada jugak. Tapi aku tak kisah kalau IC aku hilang. Boleh buat baru. 


Selepas 45 minit berlalu... Ujian bertulis sudah selesai. Tak boleh tarik nafas lega lagi sebab sesi temuduga yang sebenarnya belum tiba.


Dipendekkan cerita. Orang pertama telah dipanggil untuk ditemuduga. Habis je dia ditemuduga, kitorang tanye dia, interview tu dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Dia jawab dengan bangganya, "Bahasa Inggeris laa.."


Oh okay. Itu je respon aku. Tapi kitorang ni tak pernah puas hati dengan jawapan daripada orang pertama tu. Selepas je orang kedua habis ditemuduga, kitorang tanye lagi. Dia jawab, "Aku cakap campur.." 


Haa.. Boleh pulak campur2.. Tapi kitorang tetap tak puas hati. Kitorang tanye lagi orang seterusnya. Dia jawab, "Aku cakap dalam Bahasa Melayu je. Penemuduga tu okay je.."


Okay. Sekarang, kitorang dah puas hati dengan semua jawapan tu. Maksudnye, terpulanglah kepada individu masing-masing nak cakap bahasa ape pun.


Tak lama selepas itu, giliran aku pun sampai. Sebelum tu, aku memang rasa loya. Nak je aku termuntah.. Tapi aku cuba tenangkan diri. Kalau nervous sangat, apa pun tak boleh. Nasib baik laa aku ni jenis yang tak terlalu gementar kalau bab2 berhadapan dengan orang. So, ini merupakan satu kelebihan dalam diriku. 


Aku pun ketuk pintu (tak tau laa diorang dengar ke tak).. dan aku pun masuk ke dalam bilik tu.. Ada dua orang wanita cantik, umur pertengahan. Seorang yang akan menemuduga, dan seorang lagi sedang menanda kertas esei kitorang. Aku pun meletakkan fail di atas meja diorang..


Interviewer : So, you are Nur Syamira?
Aku             : Yes, I am! 
Interviewer : Tell me about yourself?


Takyah la aku cerita satu2 soalan dia. Dipendekkan cerita....


Semasa sesi temuduga tu, interviewers tu memang kaw2 punye ceramah kat aku.


"You ni dah salah konsep pasal Broadcasting. Tak semestinya kalau you nak jadi pembaca berita, you kena amik Broadcasting. Kalau you ambil Syariah sekalipun, you boleh je jadi pembaca berita."


Waahh.. Kaw2 punye penerangan. Aku pun cam terdiam seribu bahasa laa. 
Yes, aku memang berminat nak jadi pembaca berita. Sebab tu, aku asyik cakap pasal pembaca berita jer. And diorang cakap, aku dah salah konsep. Aku tahu laa Broadcasting tu ape, cuma aku tekankan kepada pembacaan berita je. Ye la, memang salah aku pun.


Pensyarah yang menanda kertas aku pun dah garu2 kepala dah baca esei aku.


"Kamu ni, asyik pembaca berita je. Kalau nak jadi pembaca berita, muka mesti cun, mata besar."  (Okay, aku tahu la time tu muka aku berparut. Agak terasa ohhh.)


Pensyarah yang menemuduga aku pun cakap.


"Hmm meh sini nak dengar kamu baca berita. Mane pulak kertas yang nak bagi dia baca ni. Tak bawak paper pulak. Bagi je la kertas esei diorang tu. Nah, bace kertas ni..."


Aku pun... baca lah kertas tu seperti membaca berita... Interviewer tu cakap, "hmm ade tone." Dalam hati aku, "oh yeahh! aku tak cakap kosong."


Sesi temuduga aku agak lama sebab:


1) diorang banyak beri penerangan kat aku
2) sebab aku tanya diorang banyak soalan (untuk menunjukkan minat)


Oleh itu, tamatlah sesi temuduga aku. Dan sejak itu, aku tak putus2 berdoa untuk mendapat panggilan untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam Bidang Penyiaran dan dapat menjadi pembaca berita yang bertauliah dalam usia yang muda. Aku ingatkan peluang aku tipis untuk dapat Broadcasting ni. Tapi, ALHAMDULILLAH. Rezeki berpihak kepadaku. Terima kasih YA ALLAH.


p/s: Minta maaf, tiada gambar dilampirkan sebab time tu handphone aku yang berkamera
rosak. Aku hanya bawa handphone cikai.









Saturday, July 14, 2012

CHICKEN POX SUDAH MENYERANGKU

Baru hari ini aku bukak blog ni. Sebelum ni aku memang tak kisah langsung dengan blog ni sebab aku malas. Best kan alasan tu. And aku terbace entry yang aku tulis pasal chicken pox tu. And guess what, benda tu (chicken pox) betul2 berlaku kat aku. Haa tu laa, jangan difikirkan sangat. Kan dah kena. Marilah aku mulakan macam mane aku kena chicken pox.... Jeng jeng jeng...


Aku yakin, aku kena chicken pox sebab berjangkit dengan Kak Mimi. Hampir satu rumah kena dan sekali jiran2 pun kena gak and anak-anak sedara yang datang ke rumah pun kena juga. Tapi dalam banyak2, aku laa yang paling teruk. Sebab ape? Sebab ALLAH dah takdirkan aku kena seteruk ini (Jawapan yang orang lain tak boleh sangkal sama sekali)


Kebetulan time Kak Mimi kena chicken pox tu, aku ada balik ke rumah sebab cuti semester (kalau tak silap laa.. aku pun terlupe kenapa aku balik rumah). Aku laa yang dok merawat dia, sapu losen kat badan dan muka dia. Aku cakap, issshh gelinye.. Jahatkan? Oh ya... time tu aku sihat walafiat lagi sebab tu la mulut aku ni takde insurans cakap geli nak sapu losen kat muka dan badan dia yang berbintik-bintik tu.


Selepas hampir 2 minggu di rumah, aku pun berangkat ke Kolej Matrikulasi Selangor untuk meneruskan pembelajaran. Okay, tak lame selepas tu, aku ingat lagi, mase hari Khamis, aku tengah mandi, and aku nampak ade something kat armpit aku.. Aku ingat jerawat biase, then aku pun biarkan je laa dan teruskan pe-mandi-an aku.


Malam tu, waktu nak tido, aku ternampak ade something yang aku panggil biji tumbuh kat bahu kanan aku. Nasib la time tu aku pakai sleeveless. So aku nampak la segala jenis benda yang tumbuh kat bahu aku. Wahh, seksi tak? Haha.. Biji tu macam ade air.. Aku pun cepat2 tanye roomate aku, Norfa.


Aku      : Norfa, tengok ni. Ni chicken pox ke? (sambil menunjukkan biji kat bahu)
Norfa   : Haah la, Syam. Tu chicken pox laaa.
Aku      : Haaa? (muke terkejut sambil gembira sikit)


Kenapa aku gembira? Senang je jawapan dia. Sebab ALLAH telah mencampakkan perasaan gembira tu kat aku :). Aku gembira sebab kalau aku kena chicken pox, aku boleh balik rumah dan bercuti lama. Aku malas nak belajar sebenarnya. Matrik tu bukan tempat aku. Aku tak suke Sains.


Keesokan harinya, aku bangun tido, tapi chicken pox yang banyak2 tak tumbuh2 lagi. Aku pun risau gak kenape dia tak tumbuh2.. Haaa... Sengal kan? Sepatutnye aku bersyukur dia tak tumbuh lagi. Dipendekkan cerita, aku pun menunggu saat demi saat untuk chicken pox tu semua naik. Tak lame lepas tu, chicken pox start naik sikit demi sedikit. Mula-mula, naik kat bahagian pinggang, bahu. Kat muka tak naik lagi.


Then tibalah hari Sabtu. Apabila aku confirm yang aku ni memang diserang oleh chicken pox, aku bertekad untuk pulang ke rumah. Aku jumpe felo untuk mintak kebenaran pulang tapi beliau tak percaya pulak aku kena chicken pox.


Felo : Betul ke kamu kena chicken pox ni?
Aku : Betul, madam. Kawan2 saya cakap saya kena chicken pox.
Felo : Kawan2 kamu tu doktor ke?
Aku : (terdiam sekejap. kawan2 aku semuanya pelajar lagi)
          tapi betul laa saya kena chicken pox. diorang cakap, biji2 yang tumbuh ni sama macam biji2 chicken 
          pox yang diorang dapat dulu.
Felo : Ye ke? Muka kamu okay je.
Aku : Kat muka tak tumbuh lagi. Kat tangan ada. Madam nak tengok? (sambil menyingsing lengan baju 
         kurung )
Felo : Eh, takpe laaa.. Balik elok2.. Sape ambil kamu?
Aku : Abang saya.
Felo : Abang kandung ke?
Aku : Abang daripada ayah lain, tapi mak same.
Felo : Oh.. Okay2.. Hati2..


Dipendekkan cerita, aku pun sampai di rumah. Tapi time tu, aku memang nampak bersih lagi sebab chicken pox aku baru sikit2 je tumbuh.


Hari Ahad. Aku pergi klinik. Doktor pun tak puas hati dengan aku. Eh, betul ke kamu ni kena chicken pox?
Aku tunjuk laa biji2 kat badan aku.. Tak lama lepas tu, dia nak tengok lagi. Mase aku tunjuk kali kedua, baru dia puas hati. Mula-mula dia bagi aku cuti 7 hari, then tiba-tiba dia bagi 10 hari pulak. Cepat betul Dr. Raihan tu ubah fikiran. (Dr. Raihan tu adalah seorang wanita yang cantik, okay)


Hari Isnin. Chicken pox semakin naik di badan. Di muka hanya ade satu, dua biji.
Hari Selasa... Ambik! Hampir satu muka chicken pox naik. Besar punye...! Semakin lama, chicken pox habis naik di badan dan di muka. Di bahagian muka paling sedih.. Sampai bernanah. Muka aku kembung. Adik aku cakap, muke aku macam orang pokok.. Okay, fine. Mentang2 chicken pox dia sikit2.


Hampir seminggu aku jadi 'orang pokok'. Time tu chicken pox aku dah semakin kering dan kuping dia ade yang dah jatuh2. Dan yang tak jatuh2 tu, tangan ni gatal2 pulak pergi kopek. Jadi, dia meninggalkan parut kemerah-merahan.


Aku pergi ke klinik lagi untuk berjumpa Dr.Raihan. Bukan nak cari gaduh ngan dia sebab chicken pox aku ni makin teruk, tapi aku nak mintak cuti lagi dari dia. Tapi, Dr.Raihan mesyuarat pulak. Jadi doktor yang bagi cuti kat aku ialah doktor India lelaki. Nasib baik dia taknak tengok badan aku. Hahaha.. Dia cuma tambah 3 hari je..


Kalau boleh aku nak bercuti lama lagi. Aku tak sanggup pergi kolej dengan muka berparut macam ni. Banyak! Bukan sikit.


2 minggu di rumah sudah berlalu. Aku pun melangkah ke kolej dengan perasaan yang hiba, sedih dan bercampur-baur. Aku pun memulakan pembelajaranku seperti biasa tapi sebenarnya, tidak biasa. Aku menjadi orang lain yang hilang keyakinan diri dan semakin bodoh. Haha.. 2 minggu tak masuk kuliah! Berapa banyak pelajaran aku tinggal! Tapi jauh di sudut hati, aku tak risau sangat sebab aku memang tak minat Sains. Kalau aku pergi kuliah pun, result camtu gak.. Hahaha.. Tapi ALHAMDULILLAH, aku dapat suaikan diri dengan rupa baru aku ini. Dan ALHAMDULILLAH, aku mendapat result yang baik juga di akhir semester. Taklah sehebat rakan2 yang lain. Tapi aku rase, agak hebat gak laa dapat result macam ni walaupun aku tak struggle belajar. Memang dari dulu lagi aku bukan jenis yang belajar kaw2 punyer. Sederhana je.


Oh ya.. Semasa muka aku teruk diserang oleh chicken pox, aku memang langsung tak amik gambar aku. Kononnye macam pantang larang laaa.. Pantang larang tu aku yang reka sendiri. Tapi sekarang ni, waktu muka dah okay, aku rase cam nak tengok balik muke aku waktu teruk dulu. Tapi, sebagai kenangan aku ade amik gambar selepas 3 minggu aku diserang chicken pox. Mungkin gambar ni nampak teruk di mata korang, tapi bagi aku, gambar ni sebenarnya lebih baik daripada muka aku yang kena chicken pox waktu mula2 tu. So kepada yang belum kena, doa2kanlah supaya anda tak kena. Tapi setiap orang, sekurang2 akan kena sekali seumur hidup. Jadi bersiap sedialah untuk menghadapinya. Jangan risau. Setiap orang berbeza. Ade yang teruk, ade yang tak. Jadi, doalah supaya anda dikategorikan sebagai yang tak teruk. AMIN. Parut tu akan hilang. Tapi ambil masa. Bersabar. 




Sebelum kena chicken pox.








Selepas 3 minggu kena chicken pox.


Selepas hampir 2 bulan lega daripada chicken pox. Parut2 masih ada sikit2. :) Gambar ni takde edit2.