Tuesday, September 9, 2014

Kisah Terumbang Ambing Semester 4. SODEH!

So secara kasarnya, tajuk entry kali ni macam sadis betul. Ya, memang sadis sangat-sangat. Semester lepas adalah semester yang memberi tekanan yang cukup besar kepada aku. Daripada seorang gadis yang kuat makan, aku menjadi seorang gadis yang hilang selera makan. Ini semua sebab aku mengalami stress dalaman. Kalau aku stress, aku tak lalu nak makan. Tapi selalunya, lepas pukul 12.00 tengah malam, baru aku godek-godek dapur cari makanan. Tapi selalunya, aku akan menanak nasi, dan seterusnya aku buat nasi goreng. Nasi tu tak sempat nak sejuk lagi, aku pergi goreng pulak untuk buat nasi goreng. Daripada periuk, terus masuk kuali. Lantaklah. Tapi sedap je rasa dia. Kakaka. Tolong jangan pertikaikan kenapa aku tak makan maggi, roti, koko krunch, honey star, cornflakes atau biskut? Kalau aku rasa nak makan nasi, aku kena makan nasi. Masa kat matrik dulu, aku pernah habiskan 4 bungkus roti Gardenia yang harga RM 0.60 tu, tapi sekarang dah naik harga jadi RM 0.70, lepas ni aku rasa harga roti tu RM2 kot.  Time tu, aku lapar nasi sebenarnya tapi disebabkan café semua tutup, aku pun pergi koop beli roti dengan harapan rasa lapar aku akan hilang. Tapi tak hilang-hilang juga selepas 4 bungkus roti selamat dimakan. Perut aku ni, kalau dia nak nasi, kena bagi nasi, kalau bagi 10 bungkus roti pun dia takkan rasa kenyang, sebab ape? Sebab dia nak nasi. Aku pun tak paham dengan system badan aku ni. Aneh.

Okay, kita kembali ke tujuan asal. Maaf atas keterujaan bercerita sebab dah lama sangat tak menulis blog.
Aku stress gila-gila sampai kawan aku pun macam, “ehh Mira, kenapa tak habis makan nasi ayam?” Aku jawab dengan rela hati, “Stress dalaman.” Itu je yang mampu aku cakap. Tapi bila diingat balik, rasa rugi pulak tak habiskan nasi ayam tu. Dah la aku tengah lapar sekarang ni. Nasi ayam lagi. Adudu.

Okay, first sekali, aku tension gila dengan final projek untuk subjek Public Advocacy tu. Dia punya final project bukannya kena buat survey bagai tu, tapi kena buat event. Dan aku jadi project manager untuk group aku. Lagilah bertambah-tambah stress. Diri sendiri pun ke laut, ada hati nak guide orang lain. Part paling tak best bila kitorang sedar betapa susahnya nak cari sponsorship. Kepada yang reply, thank you so much! Alhamdulillah at the end kitorang dapat sponsor dan dapat collaborate dengan beberapa pihak ketiga. Aku banyak kali cakap kat kawan aku yang aku akan okay lepas habis event ni. Sepanjang aku bertungkus lumus pergi ke office untuk print surat yg ada letter head, aku rasa muka aku ni dah kena blacklisted kat office fakulti aku. Wakakaka. Malas ar nak cerita sebab dia. Tapi yang aku tahu, sejak kejadian tu, aku akan hantar Fabian untuk berurusan dengan office. Aku harap bila naik sem ni, kakak-kakak office tu tak perasan muka aku. Wakaka.

Media Law. Ini pun killer subject jugak ni. Nama pulak law kan? Memang kena ingat akta-akta tapi sejujurnya aku tak pernah hafal segala akta-akta tu. Tapi tajuk yang aku bentang pulak pasal Privacy, lagi la TAKDE akta. HAPPY NYE KITE. Aku bernasib baik sebab untuk presentation berpasangan dan presention berkumpulan, aku dapat tajuk Privacy! Masa buat assignment Media Law ni pun stress jugak. Stress bukan main. Sampai mengigau-ngigau aku. Aku buat assignment ni kat Kolej Melati, bermalam kat bilik Mai. Bila dah tak larat nak buat, aku cakap kat Mai aku nak tidur kejap. Nanti pukul 4 pagi gerak aku, aku nak sambung buat. Dah la aku tidur kat atas lantai je okeh. Mai ni kejam tak kejam jugaklah dia kasi selimut SAHAJA kat aku. Selimut tu pulak aku lipat-lipat jadikan alas kepala. Sedih. Tapi disebabkan penat, aku tak kisah. Aku sanggup tidur atas bumbung sekalipun bagi menunjukkan betapa tak banyak songehnya aku. Senang je bela aku ni. Tak banyak ragam.

4 pagi….

Mai : Mira, bangun. Pukul 4 dah ni. Siapkan Media Law.
Aku : Takpelah, nanti journal tu kita cari balik.

Dan aku pun tertidur untuk beberapa minit dan tetiba macam dapat hidayah, dan aku pun bangun.

Aku : Mai, kita ada cakap pasal journal ke tadi?
Mai : Haah, Mira mengigau.

Sedihnya aku rasa bila dapat tahu aku mengigau. Kalau aku mengigau tu maksudnya aku memang terlalu memikirkan pasal benda tu. Masa aku darjah 2, aku pernah mengigau jugak. Tiba-tiba je aku rasa macam aku terbangun dan aku nyanyi lagu Jalur Gemilang. Lepas tu, aku pergi bilik air dan aku muntah. Mungkin sebab aku dok teringat-ingat aku menyanyi lagu merdeka kat sekolah tadi. Part yang aku muntah tu aku tak pasti kenapa, mungkin aku ajet-ajet nervous kot. Nak tau tak aku muntah keluar apa? Keluar pulut. Wakakaka. Lepas muntah, aku pun tidur. The end.

Dan akhirnya Media Law tu pun siap dan ready utk dibentangkan pada hari esok. Esok nak kena hantar, malam ni baru buat. Asalkan siap. 5 minit sebelum nak hantar pun boleh, asalkan siap. Jadi kat sini, konsep dia, asalkan siap.

Budak-budak Broadcasting ni pulak, assignment dia bukanlah hanya menghadap laptop, tapi kitorang kena keluar untuk mencari bahan. Bahan-bahan yang kitorang cari bukanlah seperti daun, botol-botol plastic, katak, atau rama-rama macam nak buat experiment sains tu, tapi bahan-bahan yang kitorang cari adalah news, hasil interview, gambar dan sebagainya. Jadi, kamera DSLR tu adalah item wajib setiap kali keluar mencari bahan. Jadi hampir tiap-tiap minggu jugaklah aku pergi merantau mencari news untuk diisi dalam final project kitorang nanti. Kitorang pergi Konsert Youtube Sensation di Taylor’s University, Karnival Fuyoh, Stadium Malawati Shah Alam tengok perlawanan bola sepak antara Selangor FC vs Pahang (first time aku tgk bola sepak secara live. Duduk kat meja media lagiii), pergi shooting video Mandarin dan pelbagai lagi.

Semester 1 hari tu, hampir seminggu aku ulang alik pergi KL semata-mata nak siapkan assignment, sampai aku skipped banyak kelas. Assignment punya pasal beb. Attendance gua tak risau. Gua tak main lah suruh kawan-kawan tolong sign kan sebab gua tak main kotor beb. Apa ade hal, tu baru first time gua ponteng kelas! Hahaha. Berwawasan sungguh aku. Itu cerita semester 1. Time tu tak reti bajet masa lagi, sebab tu sanggup ponteng kelas sebab nak g KL.

Masa semester 4, tiga sebab je nape aku ponteng kelas. Sebab yang pertama, senggugut. Aku tak malu nak cakap benda ni sebab aku rasa kita semua dah cukup dewasa untuk kongsi pasal benda ni okeh? Sebab yang kedua, tertidur atau bangun lambat. Sebab yang ketiga, aku terlalu penat berjaga malam untuk siapkan assignment.

Dan kisah ponteng kelas yang paling sedih aku rasakan adalah, aku terponteng kelas terakhir Mandarin. Kelas Mandarin habis pukul 10.30 pagi. Dan aku terjaga pukul 10.40 pagi. The heck la. Battery phone pulaks matiiii. Aku cas and aku bukak phone, Fabian dan Mai whatsapp aku. Aku sedih gila bila aku kena terima kenyataan yang aku terponteng kelas Mandarin. Bukanlah sebab aku ni berwawasan sangat, tapi waktu kelas terakhir tu lah kitorang semua berpeluang tengok video-video yang kitorang shooting untuk assignment video tu. Groupmates aku semua macam,

 “Alaaa kenapa Mira tak datang? Baru cadang nak tengok video tu sama-sama dalam kelas. Emm.”

Aku pun kesal sebab tak dapat tengok video daripada groups yang lain. Rasa macam rugi je. Tu peluang sekali seumur hidup.

Fabian dengan Mai pulak sempat kenakan aku. Diorang cakap, laoshi akan potong 5 markah untuk group yang ahli dia tak lengkap pada hari terakhir tu. Aku rasa serba salah gila sampaikan aku karang karangan minta maaf kat laoshi supaya laoshi tak potong markah group members aku yang lain. Nasib baik lah aku tak sempat hantar karangan tu lagi.

*laoshi: cikgu dalam Bahasa Mandarin

Aku pernah jugak datang kelas, pukul 11.30 pagi untuk subjek Radio and TV News. Aku lewat dua jam. Kelas tu habis pukul 12.30 tengah hari. Tapi aku tetap datang la walau lewat cmne sekalipun. Time tu sebab aku tidur mati dan tak sedar bunyi alarm. Bukan time tu je, selalu kot aku tak dengar bunyi alarm. Aku tak tahulah sama ada aku ni jenis pekak ke, separuh mati ke atau ada penyakit lain. Kadang-kadang, alarm aku tu, lagu dia best sangat tau. Tu  sampai terbawak-bawak ke mimpi tu. Waktu World Cup 2014 hari tu, aku pun tak ketinggalan untuk merasakan gelombang WC tu. So aku pun jadikan lagu Wavin’ Flag (lagu tema World Cup 2010) sebagai alarm aku. Tapi bukan aku bangun pun. Lagu tu masuk mimpi dan aku pun menari-nari tarian Brazil dalam mimpi tu.

Kesimpulan dia, cerita ini sedih.

Thank you for reading XOXO. Sekian mekaceh.


2 comments:

sate kajang said...

zaman belajar yg stress.nasib baik da lepas.haha,,goodluck mira..

Syamira.Suffri said...

hahaha thank you! memang stress pun. tension mak nok.