Assalamua'laikum :) sebelum tu, selamat berpuasa ye, walaupun selalunya orang akan wish selamat berpuasa semasa 1 Ramadhan ataupun beberapa hari sebelum Ramadhan.
Baiklah.. korang semua dah baca kan post Kolej Oh Kolej ? kalau belum, silalah click ye.. okay lah, seperti semua maklum, aku memang tak dapat kolej untuk semester 3 ni. permohonan kolej aku gagal. terkilan rasanya. aku taktau nak cakap apa, aku taktau nak marah kat sape, aku taktau lah! ramai jugak lah budak Mass Comm. yg tak dapat kolej.. kecuali, ada seorang makhluk ALLAH ni, dia dapat kolej! arrghh tension mak. tapi takpelah, rezeki dia.. so sekarang ni, aku sedang bertungkus lumus untuk mencari rumah sewa.. aku cuma nak Kondominium Kristal je, aku taknak rumah lain.. aku nak Kristal je. Kristal, Kristal, Kristal, titik!
Ini adalah kerana, Kondominium Kristal terletak berhampiran fakulti kejuruteraan, jadi senang lah untuk aku meng-usha mamat2 engine yang hensem gila tu! haaa... kan.. gatal nak mampus.. kondo tu blkg fakulti engine je, so senang laa aku nak pergi kelas, cuma jalan kaki je. dari kondo, masuk pintu belakang fakulti engine, jalan sikit, dah sampai fakulti aku. kalau duduk tempat lain, aku kena naik bas. so mesti aku kena bangun awal dan tunggu bas.. okay, kat sini ada dua benda yg sememangnya bukan favourite aku, iaitu bangun awal dan menunggu. aku dah hidup selama 20 tahun, dan selama tempoh itulah aku dah terbiasa bangun TIDAK awal, so macam mana nak ubah habit tu dgn serta merta.. takut pulak kalau terlambat bangun.. ye.. memang ada alarm, but i need a real human voice to wake me up and i need a touch to wake me up.. kalau nak gerak tu, perlu ada suara manusia berserta sedikit sentuhan, macam goyang2 bahu ke, belai2 rambut ke.. baru laa aku bangun dengan bahagia.. tapi kadang2 kalau aku tak penat, In Sha ALLAH, aku boleh dengar alarm tu dan bangun dengan segera. menunggu pulak? ini, semua orang tak gemar. masa kat sekolah dulu, aku memang sengaja datang sekolah lambat2 sebab aku taknak menunggu bunyi loceng utk pelajar berhimpun. selalunya, bila aku melangkah kaki ke pagar sekolah, terus loceng bunyi and aku terus masuk barisan. see, tak payah nak tunggu2 kat kantin ke, ape ke, sehingga loceng untuk berhimpun berbunyi.. tunggu bunyi loceng bunyi pun aku dah tak suka, inikan pulak menunggu bas.. jadi, aku betul2 perlukan kondo kristal sebab dekat ngan uitm. tempat lain pun dekat jugak, tapi kena naik bas. ohh ya, aku pun ada hantar borang rayuan kolej. keputusan rayuan akan keluar seminggu selepas kuliah start. haa minta2 laa rayuan tu diterima. kalau diterima, syukur Alhamdulillah, tak payah bayar sewa bulan2 and takde masalah nak pergi kelas. kalau tak diterima pun, takpelah, ada hikmahnye tu.. ini semua kan suratan takdir? haaa... think positive lah.
okay. seperti semua sedia maklum, aku sekarang sedang bercuti semester. dan inilah masa untuk bertemu sahabat handai yang sama2 belajar di sekolah dulu. jadi, kawan aku ni pun hantar mesej untuk iftar bersama-sama, tapi dia pergi hantar mesej dekat mak aku. and mak aku bgtau last2 minute di mana time tu aku dah makan dengan kenyangnye. sudahnya aku tak join mereka iftar dan solat terawih. FYI, hampir semua kawan2 aku ada nombor telefon mak aku. sebabnya, aku selalu hantar mesej kat kwn2 guna nombor mak aku sbb aku ni jenis selalu takde kredit. haa time tu adalah zaman whatsapp, wechat, line masih belum berkembang sepenuhnya. so kawan2 aku memang ingat tu nombor aku, and diorang ingat aku ada banyak nombor.. haa.. memang laa banyak.. aku selalu contact diorang guna nombor abah aku la, mak aku la, adik aku laa.. dan sesape2 laa nombor yg ada kredit..so diorang ingat semua tu adalah nombor aku and diorang akan save nombor2 tu sebagai Syamira 1, Syamira 2, dan seterusnya. dan mungkin mereka tersilap sent mesej ajak iftar tu ke nombor Syamira 1, di mana itu adalah nombor mak aku, dan sepatutnya mereka kena hantar mesej ke nombor Syamira 10, di mana itulah nombor telefon aku yang sahih.
Dipendekkan cerita, selepas itu, aku dan kawan2 berhubung di Twitter dan sahlah bahawa iftar seterusnya akan dilaksanakan tak lama lagi. aku tak join diorang iftar, aku cuma join mereka solat terawih dan moreh je. jadi, selepas maghbrib, aku bersiap2 ke masjid yang namanya Masjid Sultan Idris. aku pun sampailah di masjid. aku masuk masjid and aku lihat semua orang, kot2 la kalau aku ternampak kawan2 aku yg dah janji nak terawih sama2 tu. aku tgk la semua perempuan yg bertelekung kat saf depan tu, aku yakin mereka adalah kawan aku, tapi bila diorang pusing belakang, tu entah nenek sape entah. semuanye makcik2 and nenek2? and ada beberapa kanak2 dan remaja. lepas tu aku tgk sorang2 masuk masjid. kelibat kawan aku semua takde. aku tgk kat saf orang lelaki. semua lelaki kat situ aku nampak macam kawan2 aku. aku takde kredit utk call diorang. and bila tiba waktu solat, aku akan off handphone aku. azan berkumandang dan kami menunaikan solat Isyak. serius la aku ckp, aku tak khusyuk sgt, sbb aku dok memikirkan mana kawan2 aku ni? sepanjang berzikir, berdoa, mata aku melilau mencari kwn2 aku. aku asyik usha saf orang laki je sbb aku nak cari kwn2 aku. sbb saf kaum wanita mmg confirm takde kwn2 aku yg dah janji nak solat terawih sama2 tu. aku tgk je saf kaum lelaki. aku tgk diorang semua macam kwn2 aku. aku tgk laki ni, aku rasa dia ni Den, aku tgk lelaki lain, aku rasa dia ni pun mcm Den.. banyaknye Den yg aku jumpe kat masjid! pastu aku tgk lelaki lain, aku nampak mcm Hafiz, Akmal. masa tengah solat terawih pun, aku masih tak jumpa kawan2 aku. bila tiba waktu berzikir dan berdoa, mata aku terus mencari kawan aku dan sudahnya, hampir semua lelaki kat masjid tu aku nampak macam Den, Hafiz, Akmal, Faieq! aku pun terfikir2 jugak, muka diorang ni dah berubah teruk ke sampai aku langsung tak kenal diorang? dipendekkan cerita, time kat masjid tu, aku jumpa kawan aku namanya Atikah. Atikah bukan kawan yg berjanji nak g terawih sama2 tu. jumpa dia pun secara kebetulan. aku bukak fon aku and kwn2 aku tu mmg ada call aku.
masa kat luar masjid, mmg aku still tak nampak kwn2 aku, tiba2 Den telefon, dia cakap, diorang on the way amik aku kat masjid. haa on the way? diorang ni dari mana? rupa2nya diorang solat terawih kat masjid lain. plan diubah last2 minute, and diorang tak dpt call aku sbb aku off phone tadi. disebabkan aku ni ada 'banyak' nombor, kawan2 aku pergi call nombor Syamira 1, iaitu nombor mak aku. si khai ni, ghairah sgt bercakap, kan dah malu.. si khai ni, call mak aku terus cakap, "syam, kau kat mana syam? kitorg solat kat masjid lain syam". dia taktau yg tu mak aku.. sekarang dia ckp, dia sgt malu dgn mak aku. dipendekkan cerita, Den dan Amirul menjemput aku di masjid. Den cakap, kawan2 yg lain semua dah ada kat kedai Makcik Kenny. kwn2 aku yg setia menunggu aku di kedai adalah Iqa, Khai, Faieq, Akmal, Nasrullah dan Hafiz. i was happy to see them. masing2 dah cantik, masing2 dah kacak bergaya. duu masa kat sekolah, hingus2 je yg ada. aku hampir nak pecah perut borak2 ngan diorang. why so funny?? kalau tak dapat kawal la gelak aku ni, dah lama aku mati kena serangan jantung. mereka ni, semakin hari, semakin kelakar. aku syorkan mereka masuk raja lawak. kami cuma minum2 je, tapi den ngan khai ni makan burger. aku minum teh ais je.. so lame.. masa dah habis borak2 semua tu, baru aku tahu yg hari tu adalah hari jadi Den! isshhh kawan yg tak guna langsung aku ni. sorry la sbb dapat kawan macam aku ni. malam tu, den yg belanja. thanks Den! jam menunjukkan hampir pukul 12 malam, kwn2 aku bercadang nak balik. kalau boleh aku nak lama lagi sbb tak puas dohhhh (pergh.. aku cakap dohh!). tapi kwn2 lelaki aku ni macam baik laa pulak bila diorang ckp, ishh tak elok laa, anak dara balik lewat, nanti parents cakap ape pulak... dan kami pun pulang ke rumah masing2. thanks Amirul for fetching me and sending me home :) i was happy to see you guys! khabarnya selasa ni akan diadakan majlis iftar buat kali yg terakhir. tapi aku tak dapat join sbb aku nak balik kampung beraya di kedah darul aman.
hai, saya syamira suffri, saya ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat muslimin dan muslimat.. love xoxo
No comments:
Post a Comment