Salam and hai!
Baru hari ini aku dapat tahu aku ditempatkan kat UiTM mane. Aku memang dah agak dapat kat Shah Alam. Okay laa.. Tak jauh sangat laa.. Rezeki aku asyik belah2 Selangor je. Hari tu matrik pun dapat kat Selangor, ini universiti pun dapat kat Selangor juga. Syukur ALHAMDULILLAH sebab aku memang suke dapat kat bandar2 ni pun.
Aku pening betul la tengok senarai2 dokumen and segala arahannya. And tiba2 pulak aku risau sebab aku tak ingat mane aku letak segala sijil2, slip MUET, and setaraf dengannya. Ahhh sudah... Takpe, esok aku cari.
Aku perlu daftar pada 2 September ini di Kolej Melati. Tak sangke pulak ade bayaran kalau tinggal kat kolej kediaman. Mati2 aku ingat free. Ye laa.. Dah terbiasa barang free. Dulu mase duduk kat matrik, free je. Biliknye pun best. Cantik. Bersih... Memang terbaik la Matrik Banting tu. Syukur dapat matrik yang dikatakan matrik paling mahal di Malaysia.
Mase aku tengah dok belek2 segala arahan tu, tibe2 aku dikejutkan dengan satu amaran penting daripada UiTM yang berbunyi lebih kurang macam ni:
"Sekiranya anda memberi maklumat palsu/memanipulasikan maklumat atau memberi kelayakan/keputusan yang salah, tawaran anda ke UiTM akan ditarik semula dan tindakan undang2 akan diambil. Sekiranya anda berbuat demikian, jangan hadir untuk mendaftar."
Alamak.. Aku dah mula terfikirkan mengenai pointer yang aku masukkan dulu. Mase kemaskini untuk fasa 2 dibuka, aku ade kat kampung. Aku update gune tablet. Susah oh nak update gune tablet ni. Nak touch2 bagai. Rumit2. Sebelum nak bukak fasa 2 tu, aku mengalami kesulitan di mana aku terlupa password aku. Aku cuba macam2 nama, tapi semua cubaan gagal. Aku pun call pihak UPU.
UPU : Boleh saya bantu?
Aku : Saya nak update fasa 2, tapi saya terlupa password.
UPU : Beri nama penuh dan IC.
Aku : Blaaa blaaa blaaa blaaa...
UPU : Password anda adalah M.I.R.A.9.3.
Aku : Oh.. hahaha.. Terima kasih.
UPU : Sama-sama.
Oh itu passwordnye. Aku punyalah cuba macam2 password. Antaranya:
1) syamira93
2) syam93
3) mira1993
4) syamira1993
dan macam2 lagi laaa....
Aku pun bukak la fasa 2. Susah oh update gune tablet.
Mase nak kena hantar maklumat yang dikemaskini tu, aku mengalami kesulitan di mana aku tak pasti sama ada maklumat tu dah diterima sistem atau belum. Aku pun tekan la butang 'hantar' banyak kali. Aku rase maklumat aku tak diterima lagi. So, aku pun call kawan aku, Norfa untuk suruh dia update untuk aku.
Norfa : Okay, Syam nak tukar ape?
Aku : Cume tukar ayah kita dah bersara.
Norfa : Okay!
..........................
Norfa : Eh, Syam. Syam dah takleh update la.. Syam dah update lebih dari 3 kali.
Aku : Ye ke? Alamak. Ni mesti sebab kite tekan 'hantar' banyak2 kali ini. Takpe la, Norfa. Thank u.
Norfa : Tapi, kite tak tukar ayah Syam dah bersara.
Aku : Takpe la. Biar je la.
........................
Jadi, kepada pihak UiTM yang kaji balik maklumat sy tu, sebenarnya ayah saya dah bersara daripada polis. Kalau anda baca blog ni, sekurang2nya anda tahu kisah di sebalik cerita ini. Bukan saya sengaja taknak tukar tu. Saya tak bagi maklumat yang salah tau.
..........................
Sebenarnya aku lebih risau sebab aku tak tukar pointer semester 1 kepada pointer keseluruhan. So sebab tu, aku telefon Norfa lagi tadi. Norfa cakap, tak perlu tukar pun pointer tu. Kiranya orang dalam akan tukar automatik. Fuhhh! Lega.. Tak payah fikir dah pasal kena tindakan undang2 oleh pihak UiTM. Lame gak borak ngan Norfa. Gosip2 lagi. Okay, dia janji nak datang rumah. Cantik. Dia cakap kali ni betul2 jadi. Ye la.. Mane taknye, dah lama aku ajak dia datang rumah tapi tak datang2 gak. Padahal rumah aku ngan dia sekangkang kera je. Eh, tapi tak lah sekangkang tu... Kalau jalan kaki kiranya dalam 5 minit baru sampai.
Secara kesimpulannya, aku cuma nak bagitahu yang aku dapat UiTM Shah Alam je. Tapi biasalah, kalau aku bercerita memang nak cerita secara detail dan spesifik punye. Sebab tu la karangan aku kat sekolah memang panjang giler sampai teacher cakap aku banyak merepek dalam karangan tu.