Assalamua'laikum. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Rasanya masih tak terlewat lagi nak wish raya. Eleh, korang beraya sebulan kan? Sama jugalah kita. Topik pada hari ini bukan raya, bukan duit raya, bukan baju raya, bukan kuih raya, bukan hantu raya, bukan jalan raya. Takde kena mengena pun dengan raya. Hari ni topik dia adalah menceritakan pengalaman bersama rakan-rakan. Hahaha.. macam karangan sekolah pulak bunyinya. Teruskan membaca, okay!
22/8/2013 (Khamis). Inilah tarikh tiba-tiba yang dipilih oleh Hafiz untuk mengadakan BBQ. Sebenarnya, dia cadang nak buat 27/8/2013 (Selasa), tapi disebabkan ada seorang hamba ALLAH ni tak boleh join, maka majlis diadakan secara mendadak. Hafiz ubah tarikh sangat-sangatlah last minute. Aku called kawan-kawan and diorang terkejut beruk dan tergelak gila-gila sebab mendadak betul BBQ tu diadakan. Jadi petang Rabu tu, aku ikut Hafiz, Syahmi dan Faieq pergi barang-barang nak buat BBQ. Memang agak best bershopping barang basah dengan lelaki sebab aku rasa kelakar tengok diorang beli barang. Ada adegan bergaduh, adegan taknak kalah, adegan suka-hati-kau-lah, dan macam-macam adegan. Haa dan satu lagi, adegan satu-pasaraya-tu-dia-nak-beli. Aku maksudkan Syahmi. Dia nak beli lamb shoulder. So kitorang taktau seketul tu harganye berapa, then dia amik seketul dia pergi timbang and harga dia berapa entah aku tak ingat. Tapi agak mahal lah. Dan aku sebagai wanita, cakap kat mereka, tak payah la membazir, beli daging biasa sudeh. Syahmi pun letak balik lamb shoulder sekali dengan plastik yang dah ada tanda harga tu. Then, Syahmi pergi amik daging beku dan dia bungkus pergi timbang dan harganya pun lebih kurang sama dgn harga lamb shoulder tu (Hafiz, jangan risau, aku tak ceritakan pasal benda tu okay?) Bincang bincang balik, hmm tak jadi belilah, beli ayam je semua. Syahmi letak balik daging yang dah berharga tu kat tmpt asal. Entah apa-apa, dah timbang semua siap letak tanda harga, pastu pergi letak balik kat tempat dia. Kalau ikut kepala Syahmi, dia nak beli 5 ekor ayam, padahal yang join BBQ tu cuma 11 orang je. Aku rasa 2 ekor ayam dah cukup, ditambah dengan sosej yang Syahmi cakap kena tambah lagi so aku beli 2 bungkus yang semuanya berjumlah 56 batang sosej dan 24 ketul daging burger. Aku rasa 2 ekor ayam dah cukup. Tolonglah dengar suara hati wanita. Tapi ni laa adegan taknak kalah yang aku maksudkan tu, Syahmi cakap, "Okaylah, ambil 4 ekor." Aku terima, karang ada jugak yang bermasam muka. Pastu kami nak beli air pulak. Haa beli air pun bermasalah. Hafiz nak air botol, senang, tuang je. Aku ngan Faieq nak air bancuh. Okay. Air bancuh. Nak pilih perisa air pun bermasalah jugak. Sorang nak Blackcurrant, sorang nak Oren, sorang nak teh, macam-macam lagi lah. Agak aku nampak si Faieq ni macam dah bengang, dia pun amik Pink Guava + Strawberry and terus letak dalam bakul. Dia warning, takde ubah-ubah fikiran. Dipendekkan cerita, kitorang tamat bershopping. Dan semasa dalam kereta, aku bagitahu, Khai tak dapat nak join. Faieq, Syahmi ngan Hafiz dah macam give-up, dah macam hilang bini, semualah!
"Khai tak join, aku taknak join lah...."
"Tak best ar Khai takde, dia tu dah la gila-gila"
"Alaa, Khai tak join ke?"
Semua orang sedih. Inilah namanya semangat persahabatan. Seorang takde, kita perlu bersedih.
Malam tu aku pun berWeChat dengan si Hafiz ni. Bincang la pasal agenda esok hari. Siapa yang join, siapa yang tak join, naik kereta siapa, nak kumpul kat mana dan byk lagi persoalan. Dan kata si Hafiz, Khai jadi join kitorang pulak. Okay, cun. Dan yang paling aku rasa nak lempang-lempang Hafiz bila dia cakap, "Esok cancel...", aku pun macam pasrah dan balas, "Cancel? Okay". Lepas tu dia cakap dia main-main. Boleh pulak dia main-main di saat genting macam ni. Barang semua dah beli, aku dah called semua kawan-kawan cakap BBQ esok dan macam-macam pengorbanan yang aku dah buat demi BBQ, tapi macam ni dia balas kat aku? Macam ni ke Hafiz, macam ni ke haa? (Amboi, marah). Pastu, Khai ada mesej, "Apa maksud Hafiz, bawa baju kalau nak mandi?" Haha aku rasa nak tergelak. Kalau boleh, aku nak balas balik kat Khai, tulis ayat yang sama Hafiz bagi kat dia. Tapi tak membantu laa pulak kalau aku balas macam tu. Maksud si Hafiz tu, kalau rasa nak mandi-manda di sungai, bawa lah baju lebih. Kat situ ada sungai dan aku sebenarnya tak dapat imagine tempat yang kitorang bakal BBQ ni sebab aku tak pernah pergi tempat tu.
Pada pukul 8.30 pagi, aku pun bangun dan membaca mesej dari si Khai bahawa dia tak join sebab dia tak berapa sihat dan tiba-tiba dia tanya denggi berdarah boleh mati tak? Haa, kau jangan cakap bebukan Khai. Aku harap kau sihat ye? Dan kitorang ada ahli baru iaitu Hannah. Aku adalah ajak Thamayanthy tapi dia ada appointment ngan doctor dan Saidatul pulak malu2 nak join and dia dah pun balik Putrajaya. Susah sikit nak ajak kawan-kawan sebab kitorang taktau diorang tengah bercuti ke tak, and bila di-called tak diangkat, dan ada yang takde kat rumah dan macam-macam lagilah. Sebab tu lah majlis ni sikit je orang yang boleh join. So ahli kitorang hanya 10 orang (5 lelaki dan 5 perempuan). Nak cakap ke nama seorang-seorang? Malas lah pulak nak taip nama diorang.
Begitulah persiapan kitorang.. Uisshh, ni baru handle BBQ, bukan majlis kahwin lagi. Handle majlis macam ni pun, macam-macam onak dan duri perlu ditempuhi, ditambah dengan pertengkaran dan macam-macam lagi yang kami hadapi. Biasalah, kami ni amatur lagi.. Haa tu baru persiapan, tak masuk lagi detik-detik kitorang membakar ayam tu. Bergaduh, bertengkar tu, jangan cakap lah. Aku rasa ayam yang tengah dibakar tu pun boleh hidup balik dengar pertengkaran kitorang ni. Tapi sebenarnya, lebih banyak kitorang bergelak-ketawa. Asal bertengkar je, gelak, pastu cakap kasar, gelak balik, cakap kasar, gelak, marah-marah, gelak balik. Tak pernahnye serius, kalau marah serius memang kitorang tak jadi kawan lah.
Kami bertolak pada pukul 10 pagi. Destinasi kami adalah di Teratak Riverview. Jadinya, aku, Amalina dan Norfa naik kereta Syahmi manakala Iqa, Hafiz, Hannah, dan Faieq naik kereta Akmal. Jalan kat situ agak menyeramkan. Syahmi cakap macam kitorang ni dalam telemovie Kem 505. Serius, suasana dia macam kat dalam telemovie tu. Haa tu laa aku suka. Baru mencabar. Time kena naik jambatan tu, Syahmi serba salah nak lalu ke tak, rupa-rupanya dia tu penakut nak mampus. Dia suruh kitorang mengucap sebelum naik jambatan tu. Takpelah, di mana-mana pun kita kena mengucap. Pastu si Akmal yang drive kereta kat depan tu pun berhenti, and Hafiz keluar, cakap diorang terlupa beli ais. Okay, kalau boleh semuanya terlupalah. Meh sini aku nak ungkit. Serai terlupa laa.. lagi.. haa tu je laa kot. Sudahnya Akmal pun drive beli ais diikuti ngan followers nya yang menumpangnya. Kesian mereka, kena patah balik. Lepas tu kitorang pun sampai kat destinasi. Nasib baik ada rumah Iqa kat situ so kitorang guna barang-barang semua kat situ. Actually tu bukan rumah Iqa, tu lebih kurang macam rumah kecil yang korang boleh duduk kalau korang rasa nak merajuk ke, or nak tenangkan diri ke, nak berseorangan ke, nak lepak-lepak ke. Kat situ ada sungai. Then, kereta Syahmi pun tiba, kami pun set up barang lah. Time tu kereta Akmal tak sampai lagi sebab diorang kan kena patah balik, kena beli ais. Bhahahaha.
Kami pun start buat bara api. Nak buat bara api pun, bermasalah. Tapi bila kereta Akmal dah tiba, muncullah penyelamat iaitu Hafiz yang study kat UPNM a.k.a abang askar, maka jadilah api membakar arang tu. Dia bawak fire starter yang macam lilin tu yang orang askar guna tu. Tapi masalah tak settle jugak sebab tiba-tiba api jadi marak, so para lelaki menunjukkan skills yang ada untuk memadam api. Bengang jugaklah para lelaki apabila para wanita memperlekehkan skills yang mereka ada. Oh come on, serious guys, ini je yang korang ada? Maka si lelaki ni pun menunjukkan kegagahan mereka. Okay hambar. Tiba-tiba, si Faieq, memegang lehernya sambil berkata... "Bila nak buat air?" Aku faham. Memang tu tugas aku. Aku, Amalina dan Norfa buat air. Air tu mmg sedap hasil bancuhan kami. Memang perfect laa.. Rasa dia, tekstur dia, bau dia, kelicinan dia, kemanisan dia, kesejukan dia... dan macam-macam lagi. Ini bukan riak, ini serius. Bila api dah stabil dan bara pun menjadi, kami pun membakar semua benda-benda yang diperap oleh Syahmi semalaman. Ni bukan nak puji, tapi disebabkan aku ni tukang merasa makanan, jadi aku pun akan merasa ayam, daging burger dan sosej yang siap dibakar dan hasilnya sangat sedap. Bukan lah nak memuji. Cuma nak kata je. Tukang masak BBQ ni pun bukannya seorang, hampir semua orang membakar ayam. So memang banyak tangan la. Masa membakar ayam tu pun, memang jenuh bergaduh, bertekak, macam-macam. Semua nak menang.
Ini sahaja yang termampu. Jadilah, buat 10 org jer pun. Bukan satu kampung.
Yang tutup muka ngan pinggan tu lah Syahmi, yang pakai baju hijau tu adalah Faieq, yang nampak kaki je tu adalah Hafiz, yang berbaju merah tu adalah Iqa, yang bertudung ungu adalah Hannah.
Dalam gambar ni cuma ada dua tangan yang uruskan, tapi di luar gambar, ada banyak tangan!
Oh yaa, seorang jejaka bernama Amirul belum sampai lagi. Nak dekat pukul 1, baru dia sampai sebab dia kena ambil adik dia. Memang dia lah yang akan kena kemas sbb dia datang hanya untuk makan sahaja. Pembakaran BBQ diteruskan dan aku rasa Amirul tak tolong apa-apa. Dia cuma tolong tengok je. Aku rasa la, sebab aku ada la jugak pandang gelagat dia.. Tugas aku pulak hanya merasa makanan sebab aku taktau nak buat ape. And semasa aku, Amalina ngan Norfa makan tu, ada jugak beberapa bahagian yang tak masak. Jadi kitorang makan bahagian yang masak je, then yang tak masak tu, kitorang letak kat bekas lain sebab kitorang nak bakar balik. Aku ingatkan Amalina main-main je bila dia bagi cadangan macam ni. Rupa-rupanya dia serius! Serius ah Amalina, tapi aku pun ikut juga cadangan dia. Aku nampak jugak relevannya. Takkan nak buang kot. Membazir! Aku tak suka pembaziran! Tapi korang janganlah ingat kitorang ni pengotor tahap gaban sebab letak balik ayam yang kitorang dah makan kat atas pemanggang. Aku nak tegaskan di sini bahawa kami tak gigit, kami cubit sikit2, manakala aku guna garfu. Mana ada kotor kan? Bila diorang semua dah habis bakar 48 ketul ayam, 56 batang sosej dan 24 biji burger, maka aku pun ambil alih dan membakar balik ayam yang tak masak sangat tu.
Okay, dalam banyak-banyak conversation kitorang yang banyak merepek ni, aku suka part yang ni di mana tiba-tiba, Syahmi tanya aku..
Syahmi : Weh, Amalina dengan Hafiz berapa tahun?
FYI, Syahmi bukan tanya Hafiz dan Amalina tu umur diorang berapa, tapi dia tanya, mereka tu ehem ehem berapa tahun? Ahh.. susah.. diorang tu kapel bape tahun? Actually, persahabatan kitorang ni memang unik. Dalam bersahabat tu, ada yang tersangkut dan mereka pun berkapel. Dan bila tak jadi, mereka berpisah secara baik dan still berkawan baik, bersembang seperti tiada apa yang berlaku. Dan si Syahmi ni pulak, dia ni budak baru kat sekolah kitorang. So semasa Amalina dan Hafiz ni sedang hangat bercinta, Syahmi ni takde kat sekolah kami lagi. Sbb tu dia tanye soalan cenggitu. Spoil Syahmi, spoil.. Dan aku pun membalas..
Aku : Kau tanyalah Amalina.
Tiba-tiba, Iqa menyampuk..
Iqa : Kenapa Syamira?
Aku : Syahmi nak tahu Amalina ngan Hafiz tu berapa tahun.
Iqa: Amalina, Syahmi nak tanye soalan.
Aku : Hafiz, Syahmi nak tanya soalan.
Tiba-tiba...
Hannah : (pandang Amalina) kau dengan Hafiz berapa tahun? (bertanya dengan suara yang kuat)
Hannah ni pun budak baru jugak. Kiranya dia ni pun sama ngan Syahmi lah. Tak tahu apa2. Hafiz ngan Amalina masing-masing cakap manalah aku tahu, kau tanyalah dia, kau tanyalah dia.. Cehh.. ayat cover.. Aku rasa time tu Hafiz dah malu kot so dia pun masuk ke rumah Iqa. Time tu dalam rumah tu, Akmal dan Amirul sedang menyalin pakaian untuk mandi di sungai. Dalam aku seronok-seronok gelakkan diorang, tiba-tiba..
Syahmi : Hang ngan Amirul berapa tahun pulak?
Aku : (terkejut sekejap) Mana kau tahu?
Syahmi : Aku tahu lah!
Aku : Entah. Kau tanya Amirul.
Tiba-tiba...
Faieq : Amirul! Syahmi tanya, kau ngan Syamira berapa tahun? (menjerit)
Amirul : Taktau. Kau tanye dia. (menjerit dari dalam rumah)
Tiba-tiba...
Hafiz : Syamira, aku nak tanya kau, kau sayang Amirul lagi tak? (sambil menjenguk ke luar tingkap)
Aku : (pandang Iqa) hahahahahahaha.. sayang lagi..... hahahahahahaha hahaha hahahha hahahaha
Aku taktau pulak Faieq dengar apa yang aku ckp kat Iqa, then dia jerit..
Faieq : kau ada peluang lagi Amirul! (menjerit)
Dan tersemburlah air yang diminum Amalina.. Bhahaha itulah uniknya persahabatan kami. Main couple-couple di kalangan kawan-kawan, pastu tak menjadi, jadi kawan balik, pastu masing-masing kononnya nak melupakan memori kisah silam.. tapi.. haha.. best lah.. kitorang tak rasa marah ke ape ke, tu semua gurauan. aku pun taktau apsal aku cerita part ni, tapi aku rasa ia sangat kelakar. nak je aku kumpul para ex sebab memang agak ramai laa nak dikatakan. takpe, next event, kita panggil, event ex-ex.
Lepas tu, bila dah habis semua makan (tapi makanan still ada byk lagi), kami pun berkemas sebab kami nak mandi sungai. Budak-budak lelaki dah tukar pakaian tapi budak-budak perempuan tak bawak pakaian mandi. Sebab aku yakin, aku takkan mandi. Adik aku pesan supaya jangan mandi sebab dia takut aku mati lemas sebab aku tak pandai berenang. Tapi bila dah sampai kat sungai, nafsu mengatasi segala-galanya. Aku rasa seronok pulak tengok para lelaki mandi dan si Hannah ni pun turun ke sungai jugak walaupun dia tak bawak baju. Tapi aku faham, aku kenal Hannah, dia adalah kawan yang paling sempoi! Lepas tu Iqa pun turun sungai jugak tapi Iqa ada baju salin, so takpe lah. Aku pun macam..
Aku : Amalina, jomlah turun!
Amalina : Bla bla bla bla bla
Aku : Bla bla bla bla bla
Amalina : Bla bla bla bla bla
Norfa : Bla bla bla bla bla
Aku : Bla bla bla bla bla
Anggap je la korang faham apa yang kami bualkan.. dan kami pun turun ke sungai. Aku takut gila weh walaupun air paras pinggang je.. Ye la, sebab batu kat dasar tu licin. Kami pun menyeberang sungai. Kami cuma berendam badan sahaja. Aku dah warning kat bebudak lelaki, jangan sesekali kacau tudung aku.. maksud aku, jangan cuba-cuba nak percikkan air kat kepala aku. Aku taknak basah sepenuhnya. Kami pun bersantai, ber huhahuha, ber lawak dan ber bagai bagai.
Gambar ni Hannah yang ambil. Terima kasih Hannah. Anggap je laa korang nampak semua muka-muka tu. Perempuan dari kiri : Norfa, Amalina, Aku, Iqa
Lelaki dari kiri : Amirul, Faieq, Syahmi, Akmal, Hafiz
Time nak naik ke daratan ni agak seram jugak lah. Para wanita yang takde baju salin ni kena naik daratan lebih awal sebab nak keringkan pakaian. Kiranya kami menyidai sekali badan badan kami di daratan. So kami pun seberang lah sungai guna jalan yang sama. Tapi time ni lebih menakutkan sebab air makin naik sedikit dan semakin deras. Time tu budak budak lelaki memang hampeh weh! Si Hafiz tak habis habis baling batu ke arah kami. Aku bersabar sebab kalau aku melawan karang, dengan aku aku hanyut. Yang lain tu, tengok sambil gelak gelak je. Aku tak sangka diorang begini. Tapi, si Syahmi dah sampai kat daratan. Dia hulurkan kasut Amalina supaya aku boleh capai kasut Amalina tu so takdelah aku pegang tangan dia. Tapi bila je aku tengok Syahmi hulur kasut Amalina kat aku, aku dah tergelak terbahak-bahak. (Masa aku tengah tulis benda ni, aku gelak terbahak-bahak jugak). Aku biarkan Amalina yang sambut huluran Syahmi tu, then baru aku sambut. Boleh tak nak gelak lagi? Maafkan saya. Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah.
Kami dah sampai di daratan. Gambar ni Akmal yang ambil. Terima kasih Akmal.
Nampak tak ada dugong terdampar? Tu dugong sesat. Siap boleh senyum lagi dugong tu. Tak tahan...
Okay, then kitorang pun selesai mandi. Kat rumah Iqa, kami bersih apa yang patut, basuh pinggan, sambung makan, tukar pakaian, mop lantai dan sebagainya. Makanan dan minuman yang lebih tu, kami bawak balik lah. Sebab tu laa aku suruh Hafiz beli polisterin bukak tutup tu siap-siap, tapi dia mana pernah nak dengar cakap aku. Takpelah. Kami pun basuh plastik ais tadi dan masukkan makanan yang tak habis tu.
Kami sedang bekerja. Hannah dan Norfa sedang basuh pinggan. Yang tgh mop lantai ni, aku tak pasti sape. Faieq kot sbb dia ni mmg bercita-cita nak jadi pembantu rumah. Yang ambil gambar ni adalah Syahmi. Terima kasih Syahmi.
Before balik, kami nak amik gambar beramai-ramai. Then Hannah , letak camera dia kat atas palang di atas tanah, guna timer, dan hasilnya, inilah gambar-gambarnya. Tadaaa. Ada dua gambar yang tak jadi, puncanya adalah Amalina.
Dari kiri : Syahmi, Amirul, Faieq, Akmal, Hafiz, Aku, Amalina, Iqa, Norfa, Hannah
Macam comel pulak gambar ni bila ada dua orang tutup mulut and seorang tutup muka. Sepatutnya semua orang kena ikut pose seperti mereka.
Berdasarkan gambar ni, kedudukan aku and Amalina dah pun bertukar. So Amalina berdiri sebelah Hafiz, tapi seperti biasalah, bila beberapa detik tinggal sebelum gambar ditangkap, Amalina tidak dapat mengawal perasaan dan dia pun lari sambil ketawa.
Amalina berjanji untuk tidak gelak lagi dan tadaaa.. inilah hasilnya.. okay. aku nak perkenalkan seorang-seorang lagi..
Dari kiri : Nor Syahmi Amirul bin Nor Azman, Mohamad Amirul bin Noorul Anhar, Faieq bin Basir, Akmal Aizat bin Azhari, Hafiz bin Soleh, Nor Hazwani Amalina binti Hamid, Nur Syamira binti Md Suffri, Izzatul 'Atiqah binti Hassan Basri, Nor Fasihah binti Othman, Nur Hannah Yee binti Osman Yee
Okay. Terima kasih semua kerana sama sama bekerjasama. Terima kasih kepada Hafiz sebab belanja semua ni. Terima kasih kepada drivers, Akmal dan Syahmi, terima kasih kepada photographers dan semuanya. Semoga bertemu lagi dan boleh kumpul ramai-ramai and lebih ramai lagi. Selamat belajar dan ingat daku dalam doamu.
Minta maaf jika ada yang terasa atau sebagainya. Ini hanya gurauan. Jangan ambil serius okay.
Friends forever <3