Monday, July 22, 2013

Apa yang telah aku buat sebelum dan semasa final exam?

okay.. tajuk entry kali ni memang macam nak membuka aib sendiri.. tapi bukan, aku nak bercerita sahaja..

SEBELUM :
aku ada satu minggu utk study week, so aku amik kesempatan ini utk pulang ke rumah untuk study (kononnya).. aku bawak balik bagasi berisi semua buku2 utk final exam dengan harapan untuk baca. sebab aku yakin, aku mesti akan baca semua buku2 tu sbb aku yakin aku sudah berubah menjadi pelajar yang berdedikasi.. hambar..

tapi seperti diduga, aku tak sentuh langsung buku2 tersebut. ehhh tipu.. aku sentuh jugak sikit.. buku Translation dgn Sociology.. tu pun baca sikit2 dengan harapan aku akan sambung waktu kat kolej.. so ape je aku buat kat rumah? tak silap aku, aku banyak tidur, online.. yaaa.. itulah benda yang aku buat dan aku menyesal... tapi nasi sudah menjadi bubur.. (p/s: aku suka makan bubur lambuk time bulan puasa ni.. okay hambar)

gap utk setiap paper adalah 2 hari, so aku amik masa 2 hari tu utk study every paper.. ni memang terdesak tahap kritikal.. kecuali ada satu paper gapnye 1 hari sahaja.. okay, ini menyedihkan.. aku rasa semua orang study last2 minute sbb menurut firasat aku, kalau aku study awal2, aku tak ingat then aku kena baca balik semua, serupa macam aku baca last2 minit, nota ada buat, tapi aku tak baca, haisshh rasa macam nak maki diri sendiri je.. okay benda dah menjadi bubur.. jangan nak memaki diri sendiri.. okay sorry Syamira, i love you, you are the best, baby! 

stay up utk study? hmm aku rasa paling lambat pun kul 2 pagi aku boleh study, lepas tu aku tidur.. ttp secara teknikalnya aku tak tidur, aku golek2 sambil main fon, and end up, tidur around 4 am.. lebih baik laah aku study time tu.. tapi takpelah.. seperti biasa, nasi sudah menjadi bubur.

SEMASA:
first paper, Principle of Translation pada 3 Julai 2013.. paper ni cuma dua jam je! tapi aku harap, pihak atasan akan naikkan jadi 3 jam supaya senang lah junior2 aku nnt ni nak jawab soalan tu.. baikkan kakak senior ni.. okay hambar.. bagi aku, 2 jam mmg tak cukup oit.. bayangkan, aku tulis non-stop, sampai jari aku biru2 sebab kebas, memegang pen, memerah otak dan mengejar masa.. bayangkan dalam dua jam tu, aku memerah dan aku mengejar.. gua penat! aku amik masa dalam satu jam utk siapkan bahagian A. tu pun aku tahu, aku tersalah bagi jawapan.. uwaaa! then aku buat bahagian B and bahagian C selama satu jam.. believe me, tak cukup laa nak translate benda tu.. sudahnya, aku translate secara harfiah dan ada secara dinamik.. wahh giteww. okay, so overall, kalau 3 jam masanya, aku boleh semak lagi.. haa bercakap tentang tulisan. waktu jawab bahagian A, tulisan aku cantik gila. kemas, tersusun, seperti tulisan komputer. haa nampak tak betapa cantiknya.. okay hambar.. masa jawab bahagian B and C, mulalah dia senget, makin mengecil, aku potong sana, potong sini, pastu tulis kat atas kecik2.. buruk.. . semoga pemeriksa tak kena strok atau serangan jantung bila menandanya.. maafkan saya.. 

paper kedua, Sociology, masa 3 jam.. sejam pertama, suhu dewan okay, masuk jam yang kedua, aku rasa macam berada di kutub utara.. tangan aku kebas and aku tak dapat rasa jari aku.. otak aku pun macam dah beku sekejap rasanya.. tulisan aku pun semakin buruk sbb terlalu sejuk, nak tulis pun, rasa mcm takde perasaan sebab terlalu sejuk! aku rasa lagi lama aku duduk dalam dewan tu, aku rasa aku boleh mati. mulut aku tak henti getar2... aku ni dikategorikan orang yang tahan sejuk, tapi kalau dah sejuk macam tu, aku berputus asa.. 

paper ketiga, Marketing Communication. Awal2 masuk dewan, dah kena jegil mata ngan pengawas sbb bising.. haisshh laa.. nak maki diri sendiri lagi. soalan paper tu, hmm aku banyak guna common sense jugak. yang ingat tu, ingatlah, yang tak ingat tu, kite goreng sahaja.. pasal sejuk? hmm tak sejuk sgt.. boleh diterima suhunya..

paper keempat, Interpersonal.. aku tak ingat mcm mana aku jawab paper ni, tapi bolehlah. ada susah ada senang.. eee tak ingatlah cmne.. tapi, untuk buat esei, aku tahu pointnye, tapi aku taktau nak hurai mcm mana.. biasalah study last2 minute, study key-words je, elaboration tu buat sendiri guna pengetahuan sedia ada.. ada baca jugak, tapi tak ingat. biasalah manusia.. ni lah paper yang gap sehari tu.

last payper, last payper (sila baca kuat2 macam Zizan cakap).. Instructional Communication. time jawab paper ni pun, suhu dia sejuk sangat.. aku rasa lagi sejuk dari paper Sociology kot. berketar jugaklah aku.. soalannya senang kalau aku hafal semua spot yang diberi.. tapi aku tak hafal and baca sgt. aku baca, faham sikit2, pastu aku masuk dewan jwb soalan.

selebihnya, tawakal kepada ALLAH.. kita sudah buat, sekarang masa untuk berdoa semoga lulus dengan cemerlang. AMIIN.  

sekian sahaja.. #PrayForUs

Kolej Oh Kolej

Assalamu'alaikum dan hai! Dah lama tak post something.. Ada banyak cerita tapi taktau nak mula tang mana dulu sbb terlalu byk cerita.. So hari ni, aku dah tau nak mula dari mana.. Aku nak mula dari perasaan aku menanti keputusan kolej.. ^^

Sekarang ni, permohonan kolej masih dalam proses. alahai.. berdebar2 pulak rasa. aku berharap sangat aku dapat kolej walaupun aku tahu TAKKAN dapat sebab kupon aku hanya ade 7, sepatutnya 8, tapi 1 hilang.. orang cakap, kalau kad kuning tu hanya ada kupon sebanyak 1 page je, dah awal2 kena reject! yaa.. itu adalah kad kuning aku.. ada satu page je, tu pun tak penuh sangat.. sedih laa macam ni... tsk tsk..

Actually, aku ni risau kalau aku tak dapat kolej, sebab:

1) susah nak pergi kelas. katakanlah aku ni duduk kat tempat yang mesti kena naik bas tiap2 hari, hmm memang taklah aku nak naik bas.. katakanlah kalau aku kena naik bas sorang2, memang taklah aku nak naik sorang2..

Dalam masa yang sama, aku nak jugak merasa duduk kat rumah sewa. Katakanlah sem ni aku kena menyewa rumah, bermakna, ni adalah first time aku menyewa rumah. (okay hambar). Kalau duduk rumah sewa, aku boleh masak sendiri and kebersihan pun terjamin. walaupun aku akui, masakan aku tak setaraf kedai makan, tapi cukuplah sekadar aku nak mengisi perut. yang penting, walaupun tak sedap, KEBERSIHAN terjamin.. itu yang PENTING! dan yang kedua, aku boleh tgk tv. sbb kalau dok kat kolej, aku takleh tgk tv. bukannye sebab takde bilik tv, ade tu ada, siap ada Astro lagi, tapi masalahnya, kalau aku masuk bilik tv tu, bukannya aku boleh tgk ape yg aku nak tgk. Suatu hari tu, aku masuk laa bilik tv kejap.. ade citer karoot komedia x. tak lama lepas tu, ada sorang budak masuk, amik remote, dia tukar channel KBS World, citer Korea. time tu, ada sesi temuramah dgn artis korea.. memang idaklah gua nak layan. siapa artis tu pun gua tak kenal. so, aku give up, aku keluar dari bilik tv tu.. pastu style aku, aku tak suka tgk tv ramai2, tambah2, tgk tv dgn org yg aku x kenal. aku takleh fokus. aku suka tgk tv sorang2.. andai kata aku dapat duk rumah sewa, tengah2 malam, time semua dah tido, boleh la aku layan tv sesorang..

Hmm nampaknya, kelebihan duduk di rumah sewa mengatasi kelebihan duduk di kolej. walaubagaimanapun, aku tetap nak duduk kat kolej. sewa bulan2 pun tak payah bayar. bayar utk satu sem je..

So harapan aku, selain mendapat keputusan exam dgn flying colours, aku juga berharap untuk dapat kolej.. tolonglah! aku tak sanggup bayangkan hidup aku bila kena duduk kat rumah sewa!

#PrayForSyamira

Thanks. xoxo