okay.. tajuk entry kali ni memang macam nak membuka aib sendiri.. tapi bukan, aku nak bercerita sahaja..
SEBELUM :
aku ada satu minggu utk study week, so aku amik kesempatan ini utk pulang ke rumah untuk study (kononnya).. aku bawak balik bagasi berisi semua buku2 utk final exam dengan harapan untuk baca. sebab aku yakin, aku mesti akan baca semua buku2 tu sbb aku yakin aku sudah berubah menjadi pelajar yang berdedikasi.. hambar..
tapi seperti diduga, aku tak sentuh langsung buku2 tersebut. ehhh tipu.. aku sentuh jugak sikit.. buku Translation dgn Sociology.. tu pun baca sikit2 dengan harapan aku akan sambung waktu kat kolej.. so ape je aku buat kat rumah? tak silap aku, aku banyak tidur, online.. yaaa.. itulah benda yang aku buat dan aku menyesal... tapi nasi sudah menjadi bubur.. (p/s: aku suka makan bubur lambuk time bulan puasa ni.. okay hambar)
gap utk setiap paper adalah 2 hari, so aku amik masa 2 hari tu utk study every paper.. ni memang terdesak tahap kritikal.. kecuali ada satu paper gapnye 1 hari sahaja.. okay, ini menyedihkan.. aku rasa semua orang study last2 minute sbb menurut firasat aku, kalau aku study awal2, aku tak ingat then aku kena baca balik semua, serupa macam aku baca last2 minit, nota ada buat, tapi aku tak baca, haisshh rasa macam nak maki diri sendiri je.. okay benda dah menjadi bubur.. jangan nak memaki diri sendiri.. okay sorry Syamira, i love you, you are the best, baby!
stay up utk study? hmm aku rasa paling lambat pun kul 2 pagi aku boleh study, lepas tu aku tidur.. ttp secara teknikalnya aku tak tidur, aku golek2 sambil main fon, and end up, tidur around 4 am.. lebih baik laah aku study time tu.. tapi takpelah.. seperti biasa, nasi sudah menjadi bubur.
SEMASA:
first paper, Principle of Translation pada 3 Julai 2013.. paper ni cuma dua jam je! tapi aku harap, pihak atasan akan naikkan jadi 3 jam supaya senang lah junior2 aku nnt ni nak jawab soalan tu.. baikkan kakak senior ni.. okay hambar.. bagi aku, 2 jam mmg tak cukup oit.. bayangkan, aku tulis non-stop, sampai jari aku biru2 sebab kebas, memegang pen, memerah otak dan mengejar masa.. bayangkan dalam dua jam tu, aku memerah dan aku mengejar.. gua penat! aku amik masa dalam satu jam utk siapkan bahagian A. tu pun aku tahu, aku tersalah bagi jawapan.. uwaaa! then aku buat bahagian B and bahagian C selama satu jam.. believe me, tak cukup laa nak translate benda tu.. sudahnya, aku translate secara harfiah dan ada secara dinamik.. wahh giteww. okay, so overall, kalau 3 jam masanya, aku boleh semak lagi.. haa bercakap tentang tulisan. waktu jawab bahagian A, tulisan aku cantik gila. kemas, tersusun, seperti tulisan komputer. haa nampak tak betapa cantiknya.. okay hambar.. masa jawab bahagian B and C, mulalah dia senget, makin mengecil, aku potong sana, potong sini, pastu tulis kat atas kecik2.. buruk.. . semoga pemeriksa tak kena strok atau serangan jantung bila menandanya.. maafkan saya..
paper kedua, Sociology, masa 3 jam.. sejam pertama, suhu dewan okay, masuk jam yang kedua, aku rasa macam berada di kutub utara.. tangan aku kebas and aku tak dapat rasa jari aku.. otak aku pun macam dah beku sekejap rasanya.. tulisan aku pun semakin buruk sbb terlalu sejuk, nak tulis pun, rasa mcm takde perasaan sebab terlalu sejuk! aku rasa lagi lama aku duduk dalam dewan tu, aku rasa aku boleh mati. mulut aku tak henti getar2... aku ni dikategorikan orang yang tahan sejuk, tapi kalau dah sejuk macam tu, aku berputus asa..
paper ketiga, Marketing Communication. Awal2 masuk dewan, dah kena jegil mata ngan pengawas sbb bising.. haisshh laa.. nak maki diri sendiri lagi. soalan paper tu, hmm aku banyak guna common sense jugak. yang ingat tu, ingatlah, yang tak ingat tu, kite goreng sahaja.. pasal sejuk? hmm tak sejuk sgt.. boleh diterima suhunya..
paper keempat, Interpersonal.. aku tak ingat mcm mana aku jawab paper ni, tapi bolehlah. ada susah ada senang.. eee tak ingatlah cmne.. tapi, untuk buat esei, aku tahu pointnye, tapi aku taktau nak hurai mcm mana.. biasalah study last2 minute, study key-words je, elaboration tu buat sendiri guna pengetahuan sedia ada.. ada baca jugak, tapi tak ingat. biasalah manusia.. ni lah paper yang gap sehari tu.
last payper, last payper (sila baca kuat2 macam Zizan cakap).. Instructional Communication. time jawab paper ni pun, suhu dia sejuk sangat.. aku rasa lagi sejuk dari paper Sociology kot. berketar jugaklah aku.. soalannya senang kalau aku hafal semua spot yang diberi.. tapi aku tak hafal and baca sgt. aku baca, faham sikit2, pastu aku masuk dewan jwb soalan.
selebihnya, tawakal kepada ALLAH.. kita sudah buat, sekarang masa untuk berdoa semoga lulus dengan cemerlang. AMIIN.
sekian sahaja.. #PrayForUs
2 comments:
Kelam...
heh.. memang kelam pun.
Post a Comment