Semua sudah maklum bahawa My Chemical Romance memang dah berpecah sejak emmm bila entah. Dah lupe. Google sendiri kalau nak tahu. Dan semua juga sudah maklum yang aku memang peminat MCR walaupun diorang ni dah berpecah. Sampaikan alamat emel aku adalah gabungan daripada nama aku dengan nama MCR. Orang lain gabung nama gf ngan bf, aku gabung nama dengan band. Hahaha. Jadilah, SYAMCR.
Sejarah bagaimana keminatan aku terhadap mereka. Okay. Secara lahiriahnya, aku memang agak ketinggalan dalam banyak hal. Aku lambat kenal MCR ni. Aku kenal diorang masa aku form 3, tahun 2008. Time tu, lagu single diorang yang memang meletup, "Welcome to the Black Parade (WTTBP)" asyik main kat TV and radio je. So aku rasa, lagu tu adalah lagu PALING SEDAP yang pernah aku dengar. Aku rasa macam ada something yang tarik aku untuk menanam minat terhadap MCR. Disebabkan MCR, fokus utama aku kalau buka TV semestinya Hitz.tv, sebab aku dah addicted dengan lagu tu. Aku tunggu video clip dia. Kalau buka Youtube je, memang aku akan meng youtube video clip MCR. Daripada suka lagu WTTBP, aku suka hampir semua lagu diorang, baik daripada album The Black Parade, dan baik daripada apa entah nama album dia, panjang namanya. Okay okay, aku memang minat MCR, tapi aku tak gigih nak ambil tahu setiap butir nama album diorang. Aku cuma minat. OKAY? Dan aku pun tak gigih kumpul duit untuk beli album mereka yang original. Malah, aku curi CD cetak rompak MCR dalam kereta abang aku. See, tahap minat aku taklah sampai aku fanatik sampai sanggup korbankan sebahagian hidup aku. Cumanya, semasa aku suka MCR, aku jadi malas nak belajar sebab aku nak fokus dekat MCR. Maksudnya, tiap-tiap hari aku nak dengar lagu diorang, dan aku taknak belajar.
Agak kecewa bila dapat tahu MCR sudah berpecah. Satu quote daripada Gerard Way, katanya, "MCR was not a band, it was an idea." Aku rasa awesome gila kata-kata Gerard ni. Quotations daripada Gerard ni memang aku salute habis, sampai satu tahap, aku bookmarked dia punye page pasal quotations daripada Gerard Way. Aku jugak bangga bila aku baca komen di Youtube pasal Gerard, di mana, kebanyakan daripada peminat MCR komen bahawa, "MCR adalah penyebab utama kenapa saya masih hidup sampai sekarang." Ye, aku tahu ajal dia belum sampai, bukanlah MCR yang membuatkan dia hidup. Tapi, yelah, di sini aku nak tunjuk context yang berbeza lah. Al-kisahnya, si peminat ni pernah ada niat nak bunuh diri, tapi lepas dia dengar lagu Famous Last Word (kalau tak silap), dia tak jadi bunuh diri. Gerard banyak nasihatkan dia punya fans supaya hargai hidup bla bla bla semua.
Skg MCR memang dah berpecah habis. Tapi MCR belum lenyap daripada industry ni. Masih ada website MCR yang jual merchandise diorang. so MCR is not merely selling music lah bagi aku, diorang lebih macam nak mencipta jenama. Gerard Way (vocalist) sekarang ni bergerak solo. Frank Iero (guitarist) dan Ray Toro (guitarist), masing-masing ada lagu sendiri dan mereka sendiri yang bernyanyi. Tak sangka gilaaa yang Frankie dan Ray boleh bernyanyi. Suara Ray lagi sodap daripada suara Gerard sendiri. Bob Bryar (drummer) aku tak tahu apa cerita, tapi bagi aku, dia tu jenis buat hal sendiri lah. Mikey Way (bassist) pun aku tak tahu dia buat apa.
Sekarang ni, aku macam nak cari satu music baru bagi menggantikan music MCR yang telah sejak lama menghiburkan halwa telinga aku. Jadi aku beralih ke Avenged Sevenfold. Okay, A7X tu memang band lama, tapi aku baru kenal diorang. Tu pun, sebab aku suka dengan lagu Dear God, so start dengan lagu Dear God, aku cuba dengar dengan lagu diorang yang lain dan sekarang, hari-hari aku dengar lagu A Little Piece of Heaven.
![]() |
Ya ampun. Aku cukup suka tengok muka dia ni. Tahu tak comel? *.* |
Okay, aku adalah sejenis manusia yang menghargai seni. Setengah orang menghargai kekasih, menghargai harta benda, jadi, semua orang adalah berbeza. Apa jua benda yang kita hargai itu adalah hak kita masing-masing. Hahaha, okay, sebenarnya apa benda yang aku cuba sampaikan ni? Kakakaka.
Sekian sahaja, lepas ni aku cuba update pasal apa-apa yang aku rasa aku nak bercerita. Okay bye!