Monday, September 29, 2014

DETIK DETIK VIDEO MANDARIN Part 1

Dalam banyak-banyak benda, aku paling teruja shoot video untuk subjek Mandarin. Aku tak tahulah kenapa, tapi mungkin sebab aku ada bakat semulajadi untuk menjadi seorang pelakon seperti Angelina Jolie, Cameron Diaz, Jennifer Garner, Reese Witherspoon dan Jennifer Love Hewitt. Wakakaka.  Auta semata-mata.

Seperti semester yang sebelum ni, kami pergi ke Pulau Langkawi untuk shoot video. Ulang-alik kot pergi. Dua hari pulak tu. Serius rasa macam bercuti. Happy gila naik kereta sambil bukak tingkap luas-luas. Sebijik rasa macam pergi bercuti dengan suami dan anak-anak. Wakakaka. Lokasi Pulau Langkawi tu biarlah rahsia antara aku dan group members aku yang lain je. Kitorang je paham apa maksud disebalik Pulau Langkawi tu. Tak payah penat-penat kepala fikir.

Seperti biasalah, aku ni pelakon yang paling tak berdisiplin. Waktu diorang tengah shooting, aku masih tidur. Tapi nasib baiklah time tu bukan scene aku. Sepanjang ketiadaan aku, diorang shoot scenes diorang dulu. Lepas dah habis shooting kat fakulti, diorang datang jemput aku kat rumah. Ya Allah. Aku ni dah la lambat, lepas tu orang jemput pulak. Tapi aku bukanlah seteruk ni secara lahiriah. Ni sebab aku terlalu penat. Sebab tu lambat. Bukan sengaja. Aku tidur mati dan tak sedar bunyi alarm.

Okay, kitorang pun pergi ke Aeon Bukit Raja. Kitorang pun shooting kat cinema entrance sebab ada scene berjimba. Time tu aku Cuma tengok saje sebab scene aku tak masuk lagi. Scene aku, aku kena bershopping dengan so-called boyfriend iaitu Acap. Hahaha. Secara realitinya, Acap tu laki orang okay! Dalam drama ni, aku pegang watak sebagai girlfriend dia.  

Sebaik sahaja scene Mai, Gabriel dan Fabian tamat, tibalah scene aku dengan Acap pulak. Fabian dan Mai dah penat, jadi mereka pun berehat kat luar shopping mall. Aku, Acap dan Gabriel masuk store ape entah. Time tu, Acap suruh aku mintak izin kat cina yang kerja kat situ.

“Excuse me. Boleh tak kitorang nak shooting kat sini kejap?”
“Haaa.. boleh boleh…”

Okay. Macam tu je? Kenapa kawan-kawan aku yang shooting kat shopping malls kena marah? Kenapa cina tu kasi je aku shooting? Aku ingatkan cina tu akan, cakap, “Taboleh.” Dan kitorang pun beredar dengan muka sememeh. Okay itu yang aku bayangkan.

Before shooting tu, aku sempat pergi dekat men department, sebab aku nak usha hadiah untuk orang. Memang dalam benak fikiran aku, aku terfikir nak bagi tie je. Nak bagi tie memahal memang akak tak mampu la. Sebab time tu aku dah kering. Sedihnyaaaa. Kalau tak, boleh la aku beli tie yang paling mahal kat situ. Aku pun fikir positif bahawa, tak kisah la hadiah tu mahal atau murah, yang penting kita ikhlas. Aku pun ada usha kemeja, Ya Allah, smart nya baju kemeja tu, tambah pulak patung tu pakai. Bertambah-tambah hensem la. Aku terfikir nak kasi kemeja, sekali pakej dengan tie, tapi aku taktau ukuran badan dia berapa. 

Okay. Tamat kisah tie. Gabriel menjadi cameraman. Aku dan Acap pun melakonkan scene kitorang. Scene tu kejap gila! Aku Cuma cakap dua perkataan je, iaitu, “Haode, zhaoba!” Hahahaha. Scene tu bermula dengan Gabriel amik video aku dan Acap tengah berjalan-jalan mencari baju. Aku pun berpura-pura pilih baju untuk Acap. Dan tak lama lepas tu, Acap pun membaca skripnya,

“Syamira, saya lapar. Mari kita makan.”
 Tapi Acap cakap dalam Bahasa Mandarin la. Dan aku balas, 
“Haode, zhaoba!” 
dan berlalu meninggalkan shopping malls.


Selepas itu, kami menuju ke Kolej Meranti. Kolej Meranti tu adalah kolej lelaki yang terletak di Seksyen 2, berdekatan deretan kedai dan food court. Kolej Meranti tu dah menjadi rumah kedua aku. Sepanjang aku keluar masuk kolej tu, aku tak pernah kena soal dengan pak cik guard. Kenapa pak cik guard tu tak tahan aku? Aku ni perempuan, masuk kolej lelaki, kenapa tak tahan atau sekurang-kurangnya tanya, kamu buat apa kat sini? Tapi sepatah pun pak cik guard tu tak tegur aku.

Lokasi shooting kitorang masih sama seperti semester lepas, iaitu, di Dewan Kolej Meranti. Kitorang pun shooting la bla bla bla. Tapi, ada sedikit kekhilafan di situ, di mana scene dalam rumah aku, adalah scene yang sama dengan rumah Acap. Paham tak? Tak reti lah nak susun ayat ni. Okay macam ni, dekat dewan tu ada sofa kaler kuning. Aku jadikan spot tu sebagai rumah aku. Bila tiba scene rumah Acap, Acap pun gunakan tempat tu sebagai rumah dia. Kalau orang lain punya video, mesti diorang buat proper punya. Mesti diorang akan berpindah lokasi untuk cari rumah yang berbeza. Hahaha, kitorang ni gasak je. Takde masa kot nak proper-proper bagai ni. Konsep dia, asalkan siap.

Selesai sahaja shooting di situ, kitorang pergi ke Restoran Barra untuk shooting scene makan-makan. Itu adalah scene aku dengan Acap. Lepas habis shooting, kitorang makan betul-betul. Disebabkan aku ni mengalami stress dalaman, aku tak habis makan. Maka, mereka tolong habiskan makanan aku. Selalunya aku yang tolong habiskan makanan diorang. Hmmm.

Malam tu kena pergi Kolej Meranti lagi sebab shooting tak habis lagi. Selepas Maghbrib, aku pun mencari segala biskut yang aku ada. Aku bawak cawan. Aku bawak kurma. Mai pulak bawak air Revive dan balang kuih. Kenapa kitorang bawak semua benda ni? Sebab, kitorang nak shoot scene selamat raya aidilfitri maaf zahir batin! Syok.

Aku pun menuju ke bus stop. Mai dah ada di situ. Aku tersangat-sangat terkejut apabila pakaian aku dan Mai sama! Memang kami berjanji nak pakai baju kurung plain/jubah kaler hitam, tapi kami tak berjanji pun nak pakai colour tudung yang sama. Sebijik nampak macam kitorang ni nak pergi marhaban sambil tunggu bas. Bas agak lambat. Para jejaka sudah sampai di Kolej Meranti. Aku ngan Mai pun tangkap gambar kitorang, dan hantar kat group whatsapp Mandarin, dengan caption, kami sedang tunggu bas. Gabriel pun balas whatsapp tersebut dengan perkataan, WOW! Aku taktau apa yang WOW tu tapi mungkin dia WOW sebab kitorang pakai pakaian yang sama. Tak lama lepas tu, Gabriel pun hantar gambar dia dengan Acap kat group whatsapp. Aku pun macam, WOW! WOW!. Rasa macam satu kelainan bila melihat Acap dengan Gabriel berbaju Melayu biru. Sumpah aku rasa macam dah raya. Tak expect pulak diorang pakai baju Melayu kaler yang sama.
Bas pun sampai dan kami pun tiba di kolej Meranti. Time masuk kolej Meranti tu, aku takut kena tahan dengan Pak Guard. Dah la datang malam-malam, perempuan pulak tu. Haish takkan la pak guard tu taknak Tanya aku buat apa kat sini? Seperti biasa, aku taktahu terjadi apa dekat pak guard tu, sampai ke sudah dia tak tahan kami berdua.

Aku : Kenapa pak guard tu tak tahan kita?
Mai : Entah.
Aku : Ohh kita tahu. Mungkin sebab dia ingat kita ni penyelia kolej Meranti. Dah la pakai baju kurung, Mai pakai jubah. Mesti lah dia ingat kita ni orang kuat kolej Meranti yang datang nak buat spotcheck.

Dan kitorang pun gelak kahkahkahkahkahkah. Masa nak menuju ke dewan tu, banyak kali jugaklah para penghuni kolej Meranti terserempak dengan kitorang, lepas tu buat muka pelik.

Sesampainya di dewan tu, aku nampak ada beberapa ketul penghuni kolej meranti tengah tengok tv.  Aku nampak Acap, Fabian dan Gabriel ada kat tempat biasa, iaitu tempat sofa kuning.

Acap : Hari ni ada football match. Budak-budak meranti turun dewan sebab nak tengok bola. Tapi abaikan je la diorang. Kita shooting je mcm biasa.
Kami baru sampai, dan Gabriel amik gambar kami. Seperti yang boleh dilihat, ada beberapa ketul orang tengah tengok bola. Makin lama, makin ramai yang datang. 


Oh I see. Semasa kitorang shooting tu, semakin lama, semakin ramai penghuni kolej meranti masuk dewan sebab nak tengok bola. Tapi yang aku peliknya, sepanjang kitorang tengah berlakon, kitorang tak dengar pun diorang bersorak. Aku expect mesti bising gila dewan tu dan seterusnya mengganggu konsentrasi kitorang nak berlakon. Aku tak pasti lah diorang ni ikhlas ke tak tengok perlawanan bola tu. Senyap je. Ada la bunyi beberapa kali sorakan tapi sekejap je, dalam tiga saat, dan kembali senyap. Mungkin diorang menghormati kitorang yang sedang berlakon ni.

Okay, scene kitorang beraya tu semuanya berjalan dengan lancar. Kitorang pun pulang dalam pukul 11 malam. Penat berlakon saje. Nanti aku update Video Mandarin 3 pulak. Harap still group yang sama! Sekian mekaceh.

Potret family.
Dari kiri : Gabriel, Acap, Fabian, Mira (Saya), Mai

Hahahahaha macam.......... (tak lebih 10 patah perkataan)

Retard


No comments: