Monday, September 29, 2014

Hello Shah Alam, Hello Kristal, Hello New Sem

INI ADALAH DRAFT, LUPA NAK PUBLISH, SO PUBLISH SEKARANG LAH. NI CERITA SEMESTER 3.
Assalamu'alaikum :)
Hari ni aku dah meninggal.. meninggalkan rumah yang tercinta nun jauh di Perak sebab semester baru dah nak bermula. Dan hari ni jugak lah, aku menjejakkan kaki di rumah sewa Kristal. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak. 

Eh, sebelum tu, aku nak bagitahu, cermin mata aku yang ke-5 hilang lagi untuk kali yang ke-100, mungkin. Tempat terakhir aku nampak spek itu adalah di atas kepala katil bilik mak, sebab semalam aku memang tidur kat bilik mak. Tapi, bila aku tengok, spek mata tu takde. Aku memang taktau nak cari kat mana sebab aku YAKIN, aku memang letak spek mata tu kat situ semalam. Mak, Abah semua pakat cari spek mata tu. Bagi family aku, hilang spek mata merupakan satu perkara normal yang mesti akan berlaku setiap hari sebab hampir setiap hari aku akan tanya satu rumah:

"Mak, nampak spek mata kami tak?"
"Abah, nampak spek mata kami tak?"
"Elia, spek mata kak Yaya kat mana?"
"Tsaqif ambil spek mata Yaya Mak Cik eh?"
"Kak Mimi, semalam hang ada pakai spek mata aku ke?"

*kami : aku bahasakan diri 'kami'

Dan petang tadi, before bertolak, aku cakap, "Biarlah kat spek mata tu, jomlah bertolak sekarang, nanti lambat sampai pulak." Dan kami pun bertolak TANPA spek mata aku. Aku cuma bawak spek mata lama yang powernya semakin berkurang. Apsal tak pakai contact lens? Jawapan aku senang, taknak. Jangan banyak tanya. Suspek utama yang aku salahkan sebab spek mata aku hilang adalah Tsaqif. Aku yakin, dia yang amik spek mata aku and letak kat tempat lain. Banyak kali aku tanya dia, jawapan dia, "Tsaqif tak amik!" Mak aku pun dok backed up Tsaqif yang Tsaqif tak sentuh pun spek mata aku. Okay, fine la.. 

Setelah beberapa jam perjalanan, aku pun sampai di Kristal. Takde ape yang boleh aku nyatakan. Okay okay sahaja.

DISEBABKAN NI ADALAH CERITA LAMA, AKU NAK SAMBUNG. SAMBUNGAN PASAL CERMIN MATA AKU YANG HILANG TU. 

Jawapan dia simple. Sebenarnya memang Tsaqif yang sorokkan specs aku. Itu pun, masa mak aku dah sampai rumah, mak aku called.

"Yaya, specs mata hang ni ada dalam almari mak. Tsaqif letak."

See, instinct aku memang betul! Jadi, aku mintak tolong abang aku untuk bawakkan specs aku kalau dia singgah rumah mak, dan hantar ke aku. 

No comments: