Jadi secara lahiriahnya aku nak throw back sikit sebab
tetiba teringat kenangan. Aku ni jenis mudah teringat, sebab tu jangan pelik
kalau ternampak aku tergelak atau tersenyum sesorang secara tetiba tanpa ada
orang buat lawak sebab time tu aku tengah imbas kembali. Dah banyak kali aku
tersenyum sesorang, kekadang tu sampai terkeluar suara, atau perkataan paling
mudah, aku ketawa sesorang. Kalau senyum tu kira okay lagi, ni kalau sampai
tergelak sesorang ni, aku risau orang ingat aku tengah ketawa dengan imaginary
friend aku. Besar besar pun masih ada imaginary friend lagi.
Secara kasarnya, aku teringat kenangan memalukan yang
berlaku kat aku ketika semester 1. Time tu baru habis jawab last paper, iaitu,
paper Psychology. Masa dalam Dewan Annex tu, okay, aku jawab la soalan tu kan.
Dan entah macam mana, aku habis jawab awal pulak. So aku pun termenung la.
Jadi, masa pun berlalu. 30 minit sebelum tamat peperiksaan, pelajar tidak
dibenarkan keluar dari dewan. Jadi, aku teruskan termenung dan usha orang
sekeliling dan kekadang tu tetiba idea datang, aku adjust sikit jawapan
Psychology tu. Tiba-tiba, seorang pengawas peperiksaan datang ke arah aku.
Pengawas : Dah habis jawab?
Aku : Dah!
Pengawas : Nak hantar?
Aku : Nak!
Sebaik sahaja dia amik kertas jawapan aku, tahu tak aku buat
apa? Aku pergi berdiri dan berjalan menuju ke belakang dewan! Tahu tak makna
dia apa? Maknanya aku nak keluar dari dewan tu! Tahu tak apa yang pelik? Pelik
apabila tetiba ada seorang pelajar yang masih degil mahu keluar dari dewan
walaupun pengumuman telah dibuat bahawa pelajar tidak dibenarkan keluar dari
dewan 30 minit sebelum peperiksaan tamat.
Perjalanan ke belakang dewan aku lama sebab tempat duduk aku
kat bahagian depan. Masa aku tengah berjalan tu, aku malu gila, dan aku
tertanya-tanya, KENAPA AKU BANGUN? KENAPA AKU BANGUN! Aku dah berjalan separuh
dewan kot, takkan aku nak patah balik dan duduk kat tempat aku balik! Kalau aku
duduk balik, lagi lah bertambah malu. Aku harap semua orang abaikan aku dan
fokus dengan paper diorang. Aku pun berharap ketua pengawas tak panggil aku
dengan mikrofon seperti,
“HEY HEY KAMU YANG BERJALAN TU, NAK PERGI MANA TU?”
Nasib baik dia tak panggil aku macam tu. Tak silap aku, time tu ada 10 minit
lagi sebelum peperiksaan tamat. Aku pun meneruskan perjalanan ke belakang dewan
dan duduk di deretan kerusi yang ada dibelakang dewan. Aku tak ambil keputusan
untuk keluar dewan pun sebab kalau aku buka pintu, lagilah obvious! Nanti ketua
pengawas gunakan kuasa veto dia, mencapai microphone dan sound aku,
“HEY KAMU.
DUDUK DI TEMPAT KAMU BALIK.”
Elok-elok ada beberapa orang tak perasan aku
bangun, nanti satu dewan tahu aku nak keluar dari dewan. Haishh aku taktahu la
kenapa aku ni macam bengong sangat. Suka memalukan diri sendiri.
Jadi aku pun duduk di kerusi tersebut sambil bermain
handphone. Tapi sumpah, aku tak main apa-apa pun kat handphone tu, aku hanya
pegang dan bajet bajet aku tengah busy melayan phone. Time tu, aku dapat
rasakan, merah padam muka aku menahan malu. Nasib baik pengawas peperiksaan
takde datang kat aku and suruh aku duduk kat tempat aku balik. Aku tahu diorang
nampak aku tapi diorang pura-pura tak nampak. Mesti lah diorang memahami
perasaan aku yg tengah malu tu.
Tiba-tiba.
“MASA PEPERIKSAAN SUDAH TAMAT. DIMINTA SEMUA
PELAJAR MELETAKKAN PEN DAN DUDUK DI TEMPAT MASING-MASING.”
Part yang dia cakap “DUDUK DI TEMPAT MASING-MASING” tu, aku
paling terasa. Takkan lah aku nak duduk balik. So aku biar je. Dan aku berharap
dia tak cakap,
“DIMINTA PELAJAR YANG DUDUK DI BELAKANG DEWAN KEMBALI KE TEMPAT
DUDUK”.
Fuhh nasib baik dia tak cakap macam tu. Mungkin dia ingat aku ni
pengawas peperiksaan kot. Wakaka. Okay. Bila semua pelajar keluar, aku pun
keluar ikut diorang.
Masa kat luar dewan tu, aku meluahkan perasaan malu aku kat
Mai. Dia nampak aku bangun siot! Masa aku hampir menangis tapi masih
gelak-gelak tu, tiba-tiba ada orang datang ke arah aku dan bertanya,
“AWAK, AWAK MALU TAK TADI?”
OMG. Aku ingatkan diorang tak perasan, rupa-rupanya ada
beberapa ketul manusia yang perasan detik-detik tadi. Time tu jugak, aku rasa
nak berhijrah ke luar negara, tukar nama, tukar ic, buat pembedahan muka dan
mulakan hidup baru.
Ada satu benda lagi. Tapi
ni bukan benda memalukan, ni macam ‘benda-benda tak best je mesti
berlaku kat aku.’ Okay. Budak-budak semester 1 kena pergi amik gambar matrik
dan serahkan dokumen ketika Minggu Destini atau dikenali dengan minggu
orientasi. Waktu tengah beratur tunggu giliran tu, aku pun berkenalan lah
dengan orang-orang disekeliling aku. Sambil tu, kitorang tengoklah dokumen
masing-masing termasuk gambar passport kitorang. Diorang cakap muka aku macam
Chaterina Rose! Hahahahahahaha. Celah mana weh! Hahahahaha. Okay. Itu Cuma
kisah sampingan je. Giliran aku untuk diambil gambar pun tiba. Aku pun duduk di
atas kerusi. Orang tu pun amik gambar aku. Lepas tu, macam, eh lamanya. Kenapa
orang sebelah aku dah habis, aku tak habis-habis lagi? Tiba-tiba, photographer
tu pun cakap,
“EH ADIK, KEJAP EH. TIBA-TIBA KOMPUTER TERPADAM. GAMBAR ADIK TAK
BOLEH AMIK.”
Lepas tu aku macam terdengar photographers lain macam
gurau-gurau manja ngan aku cakap, emmm, entah, lupe diorang cakap ape. Kononnya
macam diorang nak salahkan aku lah sebab tiba-tiba computer kat situ terpadam. So,
mereka suruh aku amik gambar kat ruangan lain. Kalau kali ni pun computer buat
hal, memang ada something wrong dgn aku ni. Tapi nasib okay. Dan aku tak suka
amik gambar matrik kat situ. Lighting dia tak best. Ada ke patut letak lampu
kat bahagian atas? Letaklah lampu menghadap muka dan kiri-kanan muka. Letak bahagian
atas kepala, lepas tu gambar semua nampak bayang hidung mata. Dan sepanjang aku
berada di situ untuk uruskan hal yang lain, aku tengok, memang computer tu
terbekanglai macam tu je. Ruangan gambar yang aku duduk tadi pun kosong.
Hahaha. Orang terakhir yang duduk adalah aku.
Orang orang sebelum sebelum aku tu, okay je amik gambar.
Bila kena tang aku, macam-macam hal lah. Komputer terpadam lah, elektrik
terputus lah, bekalan air takde lah, kamera tiba-tiba pecah la dan macam-macam
lagi. Kat sekolah hari tu masa form 5, aku sengaja tak datang Hari Kemerdekaan sebab aku
malas. Lepas tu, untuk perhimpunan yang seterusnya, pelajar-pelajar yang tak
datang waktu hari merdeka kena naik atas pentas dan nyanyi lagu merdeka
reramai. The heck nya. Kenapalah time aku je jadi benda yang tak best? Time aku
rajin datang sekolah, takde pulak kena denda bagai. Time aku tak datang, time
tu lah ada macam-macam idea bernas yang para guru nak lontarkan. Tapi aku
takdelah benci keadaan ni. Malah aku enjoy sebab macam best. Barulah lain daripada
yang lain. Kalau hidup sentiasa sempurna, takde perkara memalukan, alahaii
boringnye.
Living this life as Syamira is always a good thing. Jadilah seperti Syamira sebab
kesempurnaan bukanlah perkara yang best. Macam siot je nasihat. Sekian,
mekaceh!
No comments:
Post a Comment