Monday, September 29, 2014

"WEH, NI MAK SAPEEEEE?"

Apa yang korang rasa dengan tajuk entry ni? Tak rasa apa-apa? Okay bye. 

Okay. Sebenarnya ni adalah kisah aku, Mai dan seorang makcik. Ia berlaku ketika semester 2. Time tu aku baru sampai kat kolej melati. Sambil dok angkut barang-barang naik ke atas tu, aku rehat la kejap kat khemah bawah kolej tu. Time tu hujan lebat seperti anjing dan kucing. So ramailah ibu bapa kat situ cari tempat berteduh. Time tu Mai pun ada kat khemah tu. Aku berdiri di sebelah seorang makcik. Makcik tu duduk kat atas kerusi lah tapi.

Nak dijadikan cerita, Mai salamlah makcik tu. Dibenak fikiran aku,

“OHH, NI MAK MAI KE? MAI SALAM MAK DIA SEBAB MAK DIA NAK BALIK DAH KOT.”

Aku tahu dan aku pasti, tu bukan mak Mai. Tapi aku macam, ehhh, mak Mai kot. Okay. Aku pun salam dengan makcik tu jugak.

Tiba-tiba Mai cakap. “EH NI MAK MIRA KE?”
Aku balas, “NI MAK MAI KE?”

Dan kitorang dok pertikaikan sape makcik ni kat depan makcik tu sendiri! Hahahaha. Tak ye pun, aku kena la tarik Mai pergi kat tempat yang jauh sikit dari makcik tu, lepas tu, pertikaikanlah tu mak sape. Mesti makcik tu confused. Lepas tu kitorang gelak-gelak lah kat situ. Entah mak sape kitorang salam. Makcik tu pun cakap, “EHH TAKPE, MAKCIK TAK KISAH.” Hahahahahaha. Aku ngan Mai pun mintak maaf kat makcik tu dan berlalu pergi.

Aku : Kita ingatkan tu mak mai. Tapi kita tahu, muka mak mai bukan macam tu.

Mai : Mai ingatkan tu mak Mira sebab Mira berdiri rapat dengan makcik tu. Mai pun tahu muka mak mira bukan macam tu sebab mai pernah nampak muka mak mira dalam gambar. Tapi makcik tu macam hitam-hitam manis, macam mira, ingatkan tu mak mira. Sebab tu mai salam makcik tu.
*mak aku kulit cerah. Aku je kulit tak berapa nak cerah.

Aku : Hahaha. Kita pun salam dengan makcik tu sebab kita ingatkan tu mak mai.

PADAHAL MASING MASING DAH TAHU BAHAWA MAKCIK TU BUKAN MAK AKU DAN BUKAN MAK MAI. SYAITAN LAH NI YANG SUKA MERAGUKAN MANUSIA.

PENGAJARAN : KENALILAH IBU BAPA RAKAN-RAKAN ANDA SUPAYA ANDA TAK SALAM DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI. KALAU BENDA NI BERLAKU PUN, PURA-PURALAH YANG ANDA KENAL DENGAN ANAK KEPADA MAKCIK/PAKCIK TERSEBUT.  KALAU NAK PERTIKAIKAN ITU MAK/AYAH SAPE, TOLONG CARI TEMPAT YANG SESUAI.


THE END.

No comments: