So secara
kasarnya, tajuk entry kali ni macam sadis betul. Ya, memang sadis sangat-sangat.
Semester lepas adalah semester yang memberi tekanan yang cukup besar kepada
aku. Daripada seorang gadis yang kuat makan, aku menjadi seorang gadis yang
hilang selera makan. Ini semua sebab aku mengalami stress dalaman. Kalau aku
stress, aku tak lalu nak makan. Tapi selalunya, lepas pukul 12.00 tengah malam,
baru aku godek-godek dapur cari makanan. Tapi selalunya, aku akan menanak nasi,
dan seterusnya aku buat nasi goreng. Nasi tu tak sempat nak sejuk lagi, aku
pergi goreng pulak untuk buat nasi goreng. Daripada periuk, terus masuk kuali.
Lantaklah. Tapi sedap je rasa dia. Kakaka. Tolong jangan pertikaikan kenapa aku
tak makan maggi, roti, koko krunch, honey star, cornflakes atau biskut? Kalau
aku rasa nak makan nasi, aku kena makan nasi. Masa kat matrik dulu, aku pernah
habiskan 4 bungkus roti Gardenia yang harga RM 0.60 tu, tapi sekarang dah naik
harga jadi RM 0.70, lepas ni aku rasa harga roti tu RM2 kot. Time tu, aku lapar nasi sebenarnya tapi
disebabkan café semua tutup, aku pun pergi koop beli roti dengan harapan rasa
lapar aku akan hilang. Tapi tak hilang-hilang juga selepas 4 bungkus roti
selamat dimakan. Perut aku ni, kalau dia nak nasi, kena bagi nasi, kalau bagi
10 bungkus roti pun dia takkan rasa kenyang, sebab ape? Sebab dia nak nasi. Aku
pun tak paham dengan system badan aku ni. Aneh.
Okay, kita
kembali ke tujuan asal. Maaf atas keterujaan bercerita sebab dah lama sangat
tak menulis blog.
Aku stress
gila-gila sampai kawan aku pun macam, “ehh Mira, kenapa tak habis makan nasi
ayam?” Aku jawab dengan rela hati, “Stress dalaman.” Itu je yang mampu aku
cakap. Tapi bila diingat balik, rasa rugi pulak tak habiskan nasi ayam tu. Dah
la aku tengah lapar sekarang ni. Nasi ayam lagi. Adudu.
Okay, first
sekali, aku tension gila dengan final projek untuk subjek Public Advocacy tu.
Dia punya final project bukannya kena buat survey bagai tu, tapi kena buat
event. Dan aku jadi project manager untuk group aku. Lagilah bertambah-tambah
stress. Diri sendiri pun ke laut, ada hati nak guide orang lain. Part paling
tak best bila kitorang sedar betapa susahnya nak cari sponsorship. Kepada yang
reply, thank you so much! Alhamdulillah at the end kitorang dapat sponsor dan
dapat collaborate dengan beberapa pihak ketiga. Aku banyak kali cakap kat kawan
aku yang aku akan okay lepas habis event ni. Sepanjang aku bertungkus lumus
pergi ke office untuk print surat yg ada letter head, aku rasa muka aku ni dah
kena blacklisted kat office fakulti aku. Wakakaka. Malas ar nak cerita sebab
dia. Tapi yang aku tahu, sejak kejadian tu, aku akan hantar Fabian untuk
berurusan dengan office. Aku harap bila naik sem ni, kakak-kakak office tu tak
perasan muka aku. Wakaka.
Media Law. Ini pun killer subject jugak ni. Nama pulak law kan? Memang kena ingat akta-akta tapi sejujurnya aku tak pernah hafal segala akta-akta tu. Tapi tajuk yang aku bentang pulak pasal Privacy, lagi la TAKDE akta. HAPPY NYE KITE. Aku bernasib baik sebab untuk presentation berpasangan dan presention berkumpulan, aku dapat tajuk Privacy! Masa buat assignment Media Law ni pun stress jugak. Stress bukan main. Sampai mengigau-ngigau aku. Aku buat assignment ni kat Kolej Melati, bermalam kat bilik Mai. Bila dah tak larat nak buat, aku cakap kat Mai aku nak tidur kejap. Nanti pukul 4 pagi gerak aku, aku nak sambung buat. Dah la aku tidur kat atas lantai je okeh. Mai ni kejam tak kejam jugaklah dia kasi selimut SAHAJA kat aku. Selimut tu pulak aku lipat-lipat jadikan alas kepala. Sedih. Tapi disebabkan penat, aku tak kisah. Aku sanggup tidur atas bumbung sekalipun bagi menunjukkan betapa tak banyak songehnya aku. Senang je bela aku ni. Tak banyak ragam.
4 pagi….
Mai : Mira,
bangun. Pukul 4 dah ni. Siapkan Media Law.
Aku : Takpelah,
nanti journal tu kita cari balik.
Dan aku pun
tertidur untuk beberapa minit dan tetiba macam dapat hidayah, dan aku pun
bangun.
Aku : Mai, kita
ada cakap pasal journal ke tadi?
Mai : Haah, Mira
mengigau.
Sedihnya aku rasa
bila dapat tahu aku mengigau. Kalau aku mengigau tu maksudnya aku memang
terlalu memikirkan pasal benda tu. Masa aku darjah 2, aku pernah mengigau
jugak. Tiba-tiba je aku rasa macam aku terbangun dan aku nyanyi lagu Jalur
Gemilang. Lepas tu, aku pergi bilik air dan aku muntah. Mungkin sebab aku dok
teringat-ingat aku menyanyi lagu merdeka kat sekolah tadi. Part yang aku muntah
tu aku tak pasti kenapa, mungkin aku ajet-ajet nervous kot. Nak tau tak aku
muntah keluar apa? Keluar pulut. Wakakaka. Lepas muntah, aku pun tidur. The
end.
Dan akhirnya
Media Law tu pun siap dan ready utk dibentangkan pada hari esok. Esok nak kena
hantar, malam ni baru buat. Asalkan siap. 5 minit sebelum nak hantar pun boleh,
asalkan siap. Jadi kat sini, konsep dia, asalkan siap.
Budak-budak
Broadcasting ni pulak, assignment dia bukanlah hanya menghadap laptop, tapi
kitorang kena keluar untuk mencari bahan. Bahan-bahan yang kitorang cari
bukanlah seperti daun, botol-botol plastic, katak, atau rama-rama macam nak
buat experiment sains tu, tapi bahan-bahan yang kitorang cari adalah news,
hasil interview, gambar dan sebagainya. Jadi, kamera DSLR tu adalah item wajib
setiap kali keluar mencari bahan. Jadi hampir tiap-tiap minggu jugaklah aku
pergi merantau mencari news untuk diisi dalam final project kitorang nanti.
Kitorang pergi Konsert Youtube Sensation di Taylor’s University, Karnival
Fuyoh, Stadium Malawati Shah Alam tengok perlawanan bola sepak antara Selangor
FC vs Pahang (first time aku tgk bola sepak secara live. Duduk kat meja media
lagiii), pergi shooting video Mandarin dan pelbagai lagi.
Semester 1 hari
tu, hampir seminggu aku ulang alik pergi KL semata-mata nak siapkan assignment,
sampai aku skipped banyak kelas. Assignment punya pasal beb. Attendance gua tak
risau. Gua tak main lah suruh kawan-kawan tolong sign kan sebab gua tak main
kotor beb. Apa ade hal, tu baru first time gua ponteng kelas! Hahaha.
Berwawasan sungguh aku. Itu cerita semester 1. Time tu tak reti bajet masa
lagi, sebab tu sanggup ponteng kelas sebab nak g KL.
Dan kisah ponteng
kelas yang paling sedih aku rasakan adalah, aku terponteng kelas terakhir
Mandarin. Kelas Mandarin habis pukul 10.30 pagi. Dan aku terjaga pukul 10.40
pagi. The heck la. Battery phone pulaks matiiii. Aku cas and aku bukak phone,
Fabian dan Mai whatsapp aku. Aku sedih gila bila aku kena terima kenyataan yang
aku terponteng kelas Mandarin. Bukanlah sebab aku ni berwawasan sangat, tapi
waktu kelas terakhir tu lah kitorang semua berpeluang tengok video-video yang
kitorang shooting untuk assignment video tu. Groupmates aku semua macam,
“Alaaa kenapa Mira tak datang? Baru cadang nak
tengok video tu sama-sama dalam kelas. Emm.”
Aku pun kesal
sebab tak dapat tengok video daripada groups yang lain. Rasa macam rugi je. Tu
peluang sekali seumur hidup.
Fabian dengan
Mai pulak sempat kenakan aku. Diorang cakap, laoshi akan potong 5 markah untuk
group yang ahli dia tak lengkap pada hari terakhir tu. Aku rasa serba salah
gila sampaikan aku karang karangan minta maaf kat laoshi supaya laoshi tak
potong markah group members aku yang lain. Nasib baik lah aku tak sempat hantar
karangan tu lagi.
*laoshi: cikgu
dalam Bahasa Mandarin
Aku pernah jugak
datang kelas, pukul 11.30 pagi untuk subjek Radio and TV News. Aku lewat dua
jam. Kelas tu habis pukul 12.30 tengah hari. Tapi aku tetap datang la walau
lewat cmne sekalipun. Time tu sebab aku tidur mati dan tak sedar bunyi alarm.
Bukan time tu je, selalu kot aku tak dengar bunyi alarm. Aku tak tahulah sama
ada aku ni jenis pekak ke, separuh mati ke atau ada penyakit lain. Kadang-kadang,
alarm aku tu, lagu dia best sangat tau. Tu
sampai terbawak-bawak ke mimpi tu. Waktu World Cup 2014 hari tu, aku pun
tak ketinggalan untuk merasakan gelombang WC tu. So aku pun jadikan lagu Wavin’
Flag (lagu tema World Cup 2010) sebagai alarm aku. Tapi bukan aku bangun pun.
Lagu tu masuk mimpi dan aku pun menari-nari tarian Brazil dalam mimpi tu.
Kesimpulan dia, cerita ini sedih.
Thank you for
reading XOXO. Sekian mekaceh.
2 comments:
zaman belajar yg stress.nasib baik da lepas.haha,,goodluck mira..
hahaha thank you! memang stress pun. tension mak nok.
Post a Comment